Harian Metro

Musim banjir ubah rutin

„ Ahli Persatuan Bot Taman Negara sukarela bantu persiap kemudahan berdepan tengkujuh

- Noor Ainum Ibnu Hajar Abu Seman am@hmetro.com.my

Selain agensi penyelamat dan badan bukan kerajaan, komuniti kecil Persatuan Bot Taman Negara (PBTN), di sini, tidak ketinggala­n mempersiap­kan kemudahan untuk berdepan musim tengkujuh di negeri ini.

Ahlinya Mohd Faizal Othman, 35, berkata, PBTN antara komuniti yang secara tidak langsung membantu menyalurka­n bantuan kepada penduduk terjejas setiap kali banjir di kawasan Taman Negara, di sini.

“Jika bukan musim tengkujuh, tugas kami sebagai pengusaha bot membawa pelancong atau tetamu kehormat ke Taman Negara selain membawa peserta trip memancing ke kawasan pesisiran Sungai Tembeling dan Sungai Tahan.

“Bagaimanap­un, rutin itu berubah apabila memasuki musim tengkujuh apabila kami melakukan persediaan menghadapi banjir dengan memastikan 40 bot berada dalam keadaan baik dan mempersiap­kan diri untuk mengerah kudrat mengagihka­n bantuan kepada mangsa,” katanya ketika ditemui di Kuala Tahan, di sini, semalam.

Katanya, ahli PBTN juga berperanan membaik pulih laluan bot bagi memudahkan pergerakan bot.

Presiden Persatuan Pemandu Pelancong Taman Negara Afzal Abdul Aziz, 38, berkata, pemandu pelancong dan pengusaha bot adalah sukarelawa­n tidak rasmi membantu mangsa banjir di kawasan Taman Negara.

“Kami bertindak secara sukarela membantu pihak berkuasa dan masyarakat terbabit dalam banjir.

“Khidmat kami diperlukan setiap kali berdepan banjir seperti membeli keperluan makanan dan minuman serta minyak bot selain membantu memindahka­n bantuan kepada mangsa,” katanya.

Sementara itu, pemilik restoran terapung Amin Fahmi Kasim, 28, berkata, antara persiapan awal dilakukan bagi menghadapi banjir adalah membeli tali secukupnya.

“Bagi restoran terapung, ia memerlukan tujuh ikatan. Setiap tempat diikat memerlukan panjang tali sekurang-kurangnya 100 meter.

“Tali itu diikat pada batu besar di pesisiran sungai bagi memastikan arus deras tidak menghanyut­kan restoran,” katanya.

 ?? FOTO: NAZIRUL ROSELAN ?? OPERASI bot di Taman Negara.
FOTO: NAZIRUL ROSELAN OPERASI bot di Taman Negara.
 ??  ?? BOT penumpang yang digunakan Persatuan Bot Taman Negara untuk membantu mangsa banjir.
BOT penumpang yang digunakan Persatuan Bot Taman Negara untuk membantu mangsa banjir.
 ??  ??
 ??  ?? AMIN
AMIN
 ??  ?? MOHD Faizal
MOHD Faizal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia