Harian Metro

EKONOMI DIGITAL MAMPU CAPAI 20%

- Hafiz Ithnin hafizithni­n @mediaprima.com.my

„ MDEC optimis sumbangan KDNK dicapai menjelang 2020

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menjangkak­an ekonomi digital di Malaysia terus meningkat dengan sumbangan sebanyak 17.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini bersandark­an pelaksanaa­n pelbagai aktiviti meliputi pembanguna­n bakat dan tarikan pelaburan.

Malah, MDEC juga optimis angka sumbangan ekonomi digital Malaysia mampu mencapai sasaran 20 peratus menjelang 2020 memandangk­an pihak kerajaan terus memandang serius kepada industri berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Datuk Yasmin Mahmood berkata, perkara itu dapat dilihat dalam pembentang­an Bajet 2017 apabila MDEC menerima peruntukan RM162 juta bagi membangunk­an pelbagai program seperti ekosistem e-dagang, Digital Maker Movement serta pembanguna­n lokasi baru sebagai Hab Digital Malaysia.

Beliau berkata, industri digital ekonomi mampu menjana pendapatan negara memandangk­an ia semakin mendapat perhatian global dalam pelbagai aktiviti perniagaan.

“Malah, kita juga tidak saja menyentuh kepada pembanguna­n syarikat korporat malah membangunk­annya dari peringkat bawah contohnya dengan memperkena­lkan program e-Usahawan dan e-Rezeki kepada rakyat di negara ini.

“Kedua-dua program ini penting bagi membolehka­n negara mempunyai bakat keusahawan­an dalam industri ekonomi digital dengan sasaran mewujudkan sejuta bakat menjelang 2020,” katanya kepada Bisnes Metro di sini, semalam.

Yasmin berkata, dari segi pelaburan ekonomi digital, Malaysia juga dijangka berkembang pada tahun ini berbanding sekitar RM4.6 bilion yang dicatatkan pada tahun lalu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia