Harian Metro

Hutang tinggi bukan petanda negara muflis

-

Alor Setar: Isu membabitka­n tahap keberhutan­gan negara tinggi yang sering dimomokkan sebagai petanda negara akan muflis hanyalah salah faham ekonomi dan perlu diperbetul­kan.

Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan Majlis Profesor Negara, Datuk Dr Noor Azlan Ghazali berkata, ini kerana antara indikator dilihat ketika hendak membuat pinjaman ialah sama ada pinjaman berkenaan bersifat produktif atau sebaliknya dan keupayaan membayar balik.

“Pinjaman kerajaan misalnya sebanyak RM582 bilion pada 2014, tetapi itu adalah stok pinjaman, namun bayaran hutang pada

(gambar)

tahun berkenaan hanya sekitar RM20 bilion sahaja, itu bayaran, bukan stok. Malah ia bukannya perlu dibayar dengan segera kerana mempunyai tempoh kematangan hutang,” katanya.

Noor Azlan berkata demikian selepas menjadi panel dalam Diskusi Pasca Bajet 2017 anjuran Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia di sini, semalam.

Jelasnya, Malaysia menyaksika­n pembanguna­n pesat dicapai dengan sebahagian besarnya dalam tahun ekonomi negara berada dalam keadaan defisit.

“Pertama sekali isu persepsi, istilah atau perkataan hutang dalam nahu bahasa kita dianggap konotasi negatif, tetapi hakikatnya dalam kehidupan seharian, malah di peringkat individu pun semua mempunyai hutang.

“Tidak ada salahnya dengan defisit. Dalam bahasa ekonomi lebihan dan defisit tidak boleh diterjemah­kan secara terus, kononnya defisit bermakna masalah, lebihan bermakna baik. Sama juga dengan hutang, cuma istilah hutang dalam literasi bahasa Melayu kita nampak takut,” katanya.

Beliau menegaskan, tahap pinjaman kepada pendapatan negara semata-mata belum cukup untuk menterjema­hkan bahawa sesuatu negara itu diurus dengan baik ataupun tidak.

“Semakin tinggi pendapatan negara, semakin tinggi hutang, United Kingdom misalnya pula berhutang 91 peratus dan Singapura sebanyak 105 peratus,” katanya. - BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia