Harian Metro

Hasil R&D setahun

„ Bdazzle sasar Miss Cinderella capai jualan 50,000 unit menjelang akhir 2017

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@hmetro.com.my

Bdazzle Beauty, pengeluar produk penjagaan wajah Miss Cinderella optimis mencapai jualan 50,000 unit produknya menjelang akhir tahun 2017, didorong permintaan semasa yang memberangs­angkan.

Pengasasny­a, Nordiana Zulkefli berkata, produk keluaranny­a itu mengambil masa penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) selama setahun bagi memastikan ia menepati kehendak pasaran dan sesuai untuk masyarakat Asia Tenggara.

Beliau berkata, menerusi inspirasi cerita dongeng Cinderella iaitu watak gadis cantik itu mengetenga­hkan bahan asli seperti aloe vera, ekstrak teh hijau, bunga kamomil, bearberry dan kolagen salmon untuk memberikan kesegaran yang luar biasa kepada penggunany­a.

“Menerusi sambutan menggalakk­an sejak pelancaran­nya dua bulan lalu, kami lihat trend jualan sangat baik serta mendapat respons positif.

“Dalam tempoh sama, kami memasarkan hampir 90 peratus jualan melalui dalam talian dan merekodkan jualan sehingga 500 unit produk Perfect Serum serta Rawatan Pencuci,” katanya sambil menambah, maklumat lanjut boleh layari Facebook (B’dazzle Cinderella) dan Instagram (bdazzle_cinderella).

Setakat ini, Bdazzle Beauty mempunyai 19 ejen jualan dan lima stokis di sekitar Johor Bahru, Pulau Pinang,

Kuala Lumpur, Selangor dan Kelantan.

Nordiana berkata, pihaknya turut merancang melancarka­n aplikasi mudah alih

Bdazzle yang boleh dimuat turun bagi memudahkan pelanggan membuat pembelian terus serta mencari ejen berdekatan.

Selain itu, katanya, selain produk penjagaan wajah, Bdazzle Beauty juga menyediaka­n perkhidmat­an bimbingan dalam memasarkan produk kepada ejen dan stokis dalam mencapai sasaran jualan yang dijangkaka­n.

“Kami komited menggalakk­an suri rumah dan pelajar universiti yang berhasrat mencari pendapatan sampingan melalui jualan dalam talian bersama Bdazzle.

“Harapan kami mahu menjadikan jenama produk ini setanding jenama antarabang­sa selain membantu mereka yang bermasalah kulit wajah untuk menikmati kulit sihat dan cantik,” katanya.

 ??  ?? NORDIANA (kiri) bersama
Pengurus Pemasarann­ya, Saodah Buang menunjukka­n produk Miss Cinderella khusus bagi mereka yang mahu memiliki kulit cantik.
NORDIANA (kiri) bersama Pengurus Pemasarann­ya, Saodah Buang menunjukka­n produk Miss Cinderella khusus bagi mereka yang mahu memiliki kulit cantik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia