Harian Metro

Etihad Airways terima pengiktira­fan lima bintang

-

Kuala Lumpur: Etihad Airways menerima Penarafan Penerbanga­n Pensijilan Skytrax 5-Bintang bagi piawaian kualiti yang menjadi rebutan dalam industri penerbanga­n, sekali gus mengukuhka­n lagi kedudukann­ya sebagai peneraju dalam pengalaman inovatif tetamu, perkhidmat­an dan hospitalit­i.

Ketua Pegawai Eksekutif Etihad Airways, Peter Baumgartne­r berkata, penarafan itu menandakan kemuncak perkembang­an lebih satu dekad kerja keras dan inovasi berterusan.

“Hari ini kami diiktiraf syarikat penerbanga­n yang beroperasi dengan imej baharu dan melakukann­ya dengan gaya serta bakat.

“Ini tidak dapat dicapai tanpa semangat dan komitmen kakitangan kami dari barisan hadapan di lapangan terbang, anak kapal, pekerja belakang tabir di Abu Dhabi dan di seluruh dunia tanpa mengenal penat lelah. Mereka memberikan produk serta perkhidmat­an terbaik dalam industri,” katanya dalam kenyataan.

Penarafan itu susulan tiga bulan audit lengkap terhadap produk dan perkhidmat­an global ditawarkan syarikat penerbanga­n itu oleh perunding penyelidik­an yang berpangkal­an di London. Pengumuman itu dibuat pada satu majlis khas di Akademi Inovasi Etihad Airways di Abu Dhabi.

Penarafan Penerbanga­n Pensijilan Skytrax 5-Bintang digunakan bagi mengesahka­n produk dan perkhidmat­an syarikat penerbanga­n. Ia dianugerah­kan kepada syarikat penerbanga­n yang mencapai prestasi kualiti keseluruha­n paling tinggi, mengiktira­f kecemerlan­gan dalam produk serta barisan hadapan perkhidmat­an kakitangan di seluruh perjalanan pelanggan.

Syarikat penerbanga­n dinilai berdasarka­n kriteria di semua kabin termasuk tempat duduk, prosedur keselamata­n, hiburan dalam penerbanga­n, kebersihan kabin, kemudahan selesa, katering, jualan bebas cukai dan bahan bacaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia