Harian Metro

Wanita paling gemuk

- Agensi

Seorang wanita Mesir yang seberat kira-kira 500 kilogram dipercayai perempuan paling gemuk di dunia ketika ini.

Iman Ahmad Abdulati, 36, tidak pernah keluar dari rumah keluargany­a di Iskandaria­h sejak 25 tahun lalu kerana kegemukan melampauny­a.

Lebih buruk lagi, dia tidak pernah turun dari katil atau berguling di atasnya sepanjang tempoh itu.

Dia bergantung kepada ibu dan adiknya, Chaymaa Abdulati untuk membantuny­a melakukan kehidupan seharian, termasuk makan, menukar pakaian dan mandi.

Menurut akhbar El Arabiya, Iman memang gemuk sejak kecil. Berat badannya mencecah lima kilogram apabila dia dilahirkan.

Dia disahkan menghidap sakit gajah atau untut - penyakit yang menyebabka­n penghidapn­ya bengkak melampau pada anggota tubuh kerana sejenis kuman.

Doktor juga berkata, keadaan Iman mungkin disebabkan ‘gangguan kelenjar,’ bermakna badannya menyimpan lebih banyak air daripada sepatutnya.

Kerana sukar bergerak dengan betul ketika bayi, Iman hanya berjalan dengan bantuan tangannya.

Ketika berusia 11 tahun, dia sudah terlalu gemuk untuk berdiri dan hanya merangkak di sekitar rumah.

Pada masa sama, dia berhenti bersekolah. Sejak itu dia hanya tinggal di biliknya,

Iman tidak keluar rumah sejak 25 tahun lalu

tidak boleh bergerak atau membuat sesuatu, kecuali terlantar di atas katil sementara badannya terus membesar.

Kini, dengan beratnya mencecah 500 kilogram, keluargany­a merayu kepada Presiden Abdel Fattah el-Sisi untuk bantuan perubatan.

Mereka bimbang dia akan mati tanpa dirawat di Hospital Tentera Maadi di Kaherah.

 ??  ??
 ??  ?? IMAN hanya terlantar di atas katil sejak 25 tahun lalu. Gambar kiri, Iman ketika kanak-kanak.
IMAN hanya terlantar di atas katil sejak 25 tahun lalu. Gambar kiri, Iman ketika kanak-kanak.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia