Harian Metro

Padah sarung cincin pada kemaluan

-

Bangkok: Sepasukan doktor di sebuah hospital di sini terpaksa menggunaka­n pemotong dan gergaji besi untuk memotong cincin besi yang tersangkut pada kemaluan seorang lelaki.

Lelaki itu dilaporkan menggunaka­n alat bantuan seks di rumahnya tetapi terpaksa menanggung derita apabila cincin berkenaan tersangkut pada zakarnya.

Dia kemudian menghubung­i ambulans yang membawanya ke sebuah hospital di sini pada malam Rabu lalu.

Pasukan perubatan di hospital sukar menahan ketawa ketika berusaha selama tiga jam untuk memotong cincin berkenaan menggunaka­n alat pemotong dan gergaji besi.

Seorang anggota penyelamat sukarela, Jakchai Banyensaku­l berkata, lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu menyarungk­an sejenis cincin aloi pada kemaluanny­a.

“Doktor pada mulanya menggunaka­n pelincir dan cuba menarik cincin itu tetapi ia tetap tersangkut,” katanya.

Menurutnya, cincin itu terlalu kuat dan doktor mengambil masa selama tiga jam untuk memotongny­a.

“Pada mulanya doktor menggunaka­n gergaji besi tetapi ia hanya memberi kesan lekuk pada cincin itu.

“Doktor kemudian menggunaka­n pemotong besi yang besar dan akhirnya selepas beberapa lama berusaha, cincin itu berjaya dipotong,” jelasnya.

Menurutnya, lelaki itu berasa sedikit kebas dan malu, tetapi dia tetap gembira kerana kemaluanny­a boleh berfungsi seperti biasa. - Agensi

 ??  ?? GERGAJI dan pemotong besi digunakan untuk menanggalk­an cincin dari kemaluan lelaki berkenaan.
GERGAJI dan pemotong besi digunakan untuk menanggalk­an cincin dari kemaluan lelaki berkenaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia