Harian Metro

Tagih janji China

Duterte harap Beijing benarkan nelayan Filipina kembali ke Beting Scarboroug­h

-

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte semalam berharap nelayan negara itu boleh kembali menangkap ikan di perairan berhampira­n Beting Scarboroug­h yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan dalam tempoh beberapa hari lagi.

Duterte kelmarin mengesahka­n isu Beting Scarboroug­h dibincangk­an ketika lawatan empat hari ke China yang bertujuan membuka jalan untuk satu hubungan komersial baru ketika hubungan Manila dengan Amerika Syarikat (AS) semakin renggang.

“Kita tunggu beberapa hari lagi, mungkin kita boleh kembali ke Beting Scarboroug­h,” kata Duterte di Tuguegarao City, ketika menyampaik­an bantuan kepada mangsa taufan baru-baru ini.

Masih tidak jelas adakah ini bermakna China memberi petanda bahawa ia akan menamatkan kepungan selama empat tahun di kawasan itu.

“Saya tidak pasti adakah mereka akan mengotakan janji itu,” jelasnya.

Dua sumber

China memberitah­u Reuters,

Beijing mempertimb­angkan untuk membenarka­n nelayan

Filipina kemasukan bersyarat ke wilayah yang menjadi pertikaian selepas presiden kedua-dua negara itu bertemu.

China menawan Beting Scarboroug­h pada 2012 dan menghalang nelayan Filipina menangkap ikan di kawasan itu.

Filipina membawa pertikaian itu ke Mahkamah Tetap Timbang Tara di The Hague, Belanda yang pada

Julai lalu menolak tuntutan China terhadap kebanyakan wilayah di Laut China Selatan.

Beijing menganggap keputusan itu sebagai tidak bermakna dan tidak sah tetapi menggesa perbincang­an terus dengan negara yang terbabit dalam pertikaian itu bagi mencari penyelesai­an aman.

“China berkata, kawasan itu milik mereka. Saya juga memberitah­u mereka ia milik kita,” tambah Duterte.

Beijing mendakwa hampir keseluruha­n Laut China Selatan sebagai wilayah mereka dan mempunyai tuntutan bertindih dengan beberapa negara, termasuk Brunei, Malaysia, Taiwan dan Vietnam.

 ??  ?? GAMBAR Beting Scarboroug­h yang dirakam dari udara. - Agensi
GAMBAR Beting Scarboroug­h yang dirakam dari udara. - Agensi
 ??  ?? DUTERTE
DUTERTE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia