Harian Metro

Kepala jadi bola

- Agensi

Banduan penggal musuh dengan papan dalam keganasan di penjara di Brazil

Satu rakaman menggerunk­an tersebar di Internet, menunjukka­n sekumpulan banduan memenggal kepala rakan banduan sebelum bermain bola sepak dengan kepala itu.

Kejadian itu didakwa dilakukan kumpulan Primeiro Comando da Capital ketika rusuhan ganas terbaru melanda di penjara Brazil yang penuh sesak.

Kumpulan dadah berkenaan disyaki membunuh seorang anggota Comando Vermelho (Komando Merah) selepas pergaduhan meletus di penjara di Roraima minggu lalu.

Dalam keganasan berkenaan, 21 banduan terbunuh. Tujuh daripada mereka menggunaka­n kepingan papan dan enam yang lain dibakar selepas dibunuh. Keganasan meletus selepas banduan dari satu bahagian penjara itu menyerang musuh mereka ketika

dipenggal waktu melawat.

Beberapa pelawat wanita juga dijadikan tebusan.

Jurucakap kerajaan tempatan, Jessica Laurie berkata: “Banduan itu bersenjata­kan batu dan kepingan papan. Mereka menggunaka­n papan itu untuk memenggal musuh mereka. Sungguh kejam.”

Setiausaha Kehakiman dan Kerakyatan, Oziel de Castro berkata, kedua-dua kumpulan itu mengisytih­arkan perang sebelum mereka bertempur.

Sehari selepas kejadian di Roraima, sekurang-kurangnya lapan banduan mati di sebuah lagi penjara di Porto Velho, negeri Rondonia, barat laut Brazil, membabitka­n dua kumpulan sama.

Mangsa mati akibat lemas selepas banduan lain membakar tilam di penjara Enio dos Santos.

Brazil memang terkenal kerana kejadian ganas di penjaranya, termasuk pembunuhan beramai-ramai di Penjara Candiru pada 1992 yang menyaksika­n 100 banduan dibunuh.

 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n seorang banduan menyepak kepala yang gambarnya sudah dikaburkan (dalam bulatan) ketika keganasan di penjara di Roraima Brazil.
GAMBAR menunjukka­n seorang banduan menyepak kepala yang gambarnya sudah dikaburkan (dalam bulatan) ketika keganasan di penjara di Roraima Brazil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia