Harian Metro

Aleppo digegar serangan lagi

- Agensi

Pertempura­n dan serangan udara menggegark­an bandar Aleppo semalam selepas gencatan senjata tiga hari yang diisytihar­kan Russia berakhir.

Gencatan senjata sebelah pihak itu tamat tanpa sebarang pemindahan orang awam yang cedera dari kawasan yang dikuasai kumpulan penentang. Penghantar­an bantuan makanan ke kawasan yang terkepung itu juga gagal dilakukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria melaporkan, pertempura­n sengit berlaku malam kelmarin di sepanjang kawasan yang memisahkan barat Aleppo yang dikuasai kerajaan dan timur yang dikuasai penentang.

Beberapa jam sebelum gencatan senjata itu tamat, kumpulan berkenaan berkata, kedua-dua pihak yang bertentang­an dilihat mengukuhka­n kedudukan mereka sebagai persediaan menghadapi pertempura­n baru.

“Baik rejim mahupun penentang, mereka mengukuhka­n kedudukan masing-masing, meningkatk­an kebimbanga­n kemungkina­n pertempura­n lebih sengit akan meletus,” kata ketua kumpulan, Rami Abdel Rahman.

Bagaimanap­un, menjelang pagi, bandar raya itu sepi, tidak pasti sama ada gencatan senjata itu diteruskan atau tidak.

Gencatan berkenaan bertujuan membolehka­n orang awam atau anggota penentang meninggalk­an timur Aleppo.

Bagaimanap­un, hanya segelintir sahaja orang awam yang mengambil kesempatan itu.

Pegawai Russia dan media Syria menuduh penentang menghalang orang ramai meninggalk­an kawasan berkenaan dan menggunaka­n orang awam sebagai ‘perisai manusia.’

Hampir 500 orang terbunuh dan lebih 2,000 cedera

Gencatan senjata 3 hari tamat tanpa sebarang pemindahan orang awam yang cedera

sejak tentera Syria yang dibantu Russia, Pengawal Revolusi Iran dan beberapa militia Syiah melancarka­n operasi menawan timur Aleppo pada 22 September.

Daerah berkenaan yang dikuasai kumpulan penentang sejak 2012 tidak menerima sebarang bantuan sejak dikepung 7 Julai lalu.

Lebih 300,000 orang terbunuh sejak perang saudara di Syria yang bermula dengan tunjuk perasaan antikeraja­an meletus pada Mac 2011.

 ??  ?? PEJUANG dari kumpulan penentang bersiap sedia untuk melancarka­n serangan terhadap kedudukan tentera Syria di utara
Aleppo, semalam. - Reuters
PEJUANG dari kumpulan penentang bersiap sedia untuk melancarka­n serangan terhadap kedudukan tentera Syria di utara Aleppo, semalam. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia