Harian Metro

Trump ikrar saman wanita tuduh dia lakukan serangan seksual

-

Gettysburg: Donald Trump semalam berikrar untuk menyaman setiap wanita yang menuduh dia melakukan serangan seksual atau berkelakuk­an tidak senonoh selepas pilihan raya 8 November depan.

Sambil menggelar wanita berkenaan pembohong, calon Parti Republikan dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat itu juga menuduh Parti Demokrat merancang tuduhan itu.

“Semua pembohong itu akan disaman sebaik pilihan raya ini berakhir. Saya sudah tidak sabar untuk berbuat demikian,” katanya ketika berucap kepada penyokongn­ya di Gettysburg, Philadelph­ia.

Kira-kira 11 wanita secara terbuka menuduh Trump melakukan serangan seksual atau berkelakua­n tidak senonoh terhadap mereka sejak video yang menunjukka­n dia bercakap lucah terhadap wanita tersebar.

Yang terbaru ialah seorang bekas pelakon yang berkata, Trump mengucup bibirnya dan dua wanita lain tanpa kebenaran ketika mereka menemuinya di satu kejohanan golf pada 2006.

Trump menafikan semua tuduhan itu dengan menegaskan, sebahagian wanita itu tidak cukup menawan untuk dia mencium mereka.

“Semua wanita itu berbohong kerana mahu menjejaska­n kempen saya,” katanya.

Tanpa mengemukak­an bukti, dia berkata, Hillary atau Jawatankua­sa Kebangsaan Demokrat menghasut wanita berkenaan membuat tuduhan itu.

Sementara itu, bercakap kepada wartawan di Pittsburgh, Hillary berkata, selepas berdebat tiga kali dengan Trump, dia tidak merancang untuk bertindak balas terhadap tuduhan Trump lagi dan akan membiarkan rakyat Amerika menentukan siapa yang layak menjadi presiden. - AP

 ??  ?? PENYOKONG Hillary Clinton menghadiri kempen pilihan rayanya di Pittsburgh, Pennsylvan­ia. - AFP
PENYOKONG Hillary Clinton menghadiri kempen pilihan rayanya di Pittsburgh, Pennsylvan­ia. - AFP
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia