Harian Metro

BANGKIT PERTAHAN GELARAN

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

„ Thomas bangkit selepas ketinggala­n 4 pukulan

Justin Thomas bangkit daripada aksi longlai pada hari ketiga kelmarin untuk muncul juara kejohanan golf CIMB Classic semalam sekali gus mempertaha­nkan kejuaraan yang dimenangin­ya tahun lalu.

Sensasi Amerika Syarikat (AS) berusia 23 tahun itu mencatat lapan bawah par 64 untuk mengumpul keseluruha­n 23 bawah par 265.

Lapan birdie yang dilakukann­ya di lubang 1, 3, 4, 5, 9, 10, 16 dan 17 ternyata membantuny­a merampas

(gambar)

kembali kedudukan pendahulu selepas ketinggala­n empat pukulan di belakang bintang India Anirban Lahiri yang memimpin saingan selepas tiga pusingan.

Anirban nyata tidak bernasib baik apabila melakukan quadruple bogey di lubang ketiga yang menjejaska­n prestasiny­a semalam untuk sekadar berpuas hati menamatkan saingan dengan berkongsi tempat ketiga.

“Walaupun ketinggala­n empat pukulan, saya hanya mahu beraksi dengan baik hari ini (semalam) dan cuba melakukan birdie.

“Akhirnya saya berjaya. Sudah tentu saya akan kembali tahun depan untuk cuba meraih kejuaraan hatrik.

“Anirban amat tidak bernasib baik, tetapi dia tetap memberi saingan yang hebat,” kata Thomas.

Hideki Matsuyama dari Jepun yang muncul pesaing terdekat, menduduki tempat kedua dengan catatan enam bawah par 66 hari ini untuk keseluruha­n 20 bawah par 268.

Thomas menyamai pencapaian rakan senegara Ryan Moore yang muncul juara berganda pada 2013 dan 2014.

Kemenangan itu menyaksika­n Thomas membawa pulang wang tunai sebanyak AS$1.26 juta (RM5.27 juta).

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia