Harian Metro

Kemenangan bakar semangat

„ Prasert teruja berjaya atasi Chee Yong untuk muncul juara kategori Lelaki Senior Master

- Raja Noraina Raja Rahim, Mohd Amin Jalil dan Mohd Khidir Zakaria sukan@hmetro.com.my Port Dickson

“Kemenangan ini membakar semangat saya untuk terus beraksi cemerlang dan mengekalka­n kejuaraan pada sirkit terakhir di Johor nanti,” kata Chipmart Prasert, 46, yang dinobatkan selaku juara kategori Lelaki Senior Master kejohanan Harian Metro Mountain Bike (HMMTB) Grand Prix Sirkit 2, di Lukut dengan catatan masa 1 jam 44 minit 50 saat, kelmarin.

Pelumba yang mewakili Thailand Allstar itu mengetepik­an pencabar terdekat dari SBS-Giant Tan Chee Yong yang merekodkan masa 1:45:0s.

Ketika ditemui, Prasert mengaku dia tidak menyangka mampu menewaskan Chee Yong kerana pencabarny­a itu sentiasa memberikan saingan sengit di sepanjang perlumbaan termasuk ketika sirkit pertama di Kulim, Kedah, Julai lalu.

Menurutnya, biarpun Chee Yong sentiasa berada di depan tetapi usahanya untuk memintas lawannya itu berjaya dilakukan ketika mereka sudah menghampir­i ke garisan penamat.

“Memang sebaik tiba di sini, saya bertekad untuk menewaskan Tan selepas saya tewas di tangannya pada sirkit pertama di Kulim dan impian itu akhirnya tercapai juga.

“Saya sangat puas hati dan gembira di atas kejayaan ini,” katanya pelumba profesiona­l itu sebaik tiba ke garisan penamat.

Prasert yang sudah terbabit dalam perlumbaan mountain bike sejak lebih lima tahun lalu itu mengaku cabaran selepas ini terutama pada sirkit akhir pasti lebih sukar dengan setiap pelumba bakal memperaga aksi lebih mantap.

Katanya, dia akan membuat persiapan lebih rapi dalam tempoh berkenaan untuk memastikan kemenangan yang dicapai di Lukut dapat dipertahan­kan di Johor nanti.

“Saya pasti akan turun di Johor dengan persembaha­n lebih baik kerana Tan dan peserta lain sudah pasti akan memberikan cabaran lebih sengit bagi memburu kejuaraan serta hadiah yang ditawarkan.

“Saya akan berusaha lebih keras kerana mahu terus dinobatkan selaku juara kejohanan selepas tahun lalu gagal melakukann­ya,” katanya.

Sementara itu pemenang ketiga kategori berkenaan, Mohd Razani Hussin yang mencatatka­n 1:45:49s, akur dengan kehebatan kedua-dua pelumba terbabit.

Bekas pelumba lasak kebangsaan itu berkata, dia tetap puas hati dengan pencapaian­nya kerana masih mampu memberikan cabaran kepada pelumba lain.

“Saya pun tidak menyangka mampu meraih tempat ketiga kerana cabaran begitu sengit, namun pengalaman banyak membantu dalam mengekalka­n kelajuan kayuhan biarpun berhadapan trek yang berbeza dan mencabar,” katanya.

Port Dickson: Pelumba pasukan SBS Giant Muaz Abd Rahim menganggap trek kejohanan Harian Metro Mountain Bike (HMMTB) Grand Prix Sirkit 2, di Lukut kelmarin sebagai sangat mencabar.

Muaz, 27, yang meraih tempat kedua kategori Terbuka Lelaki selepas mencatat masa 1 jam 39 minit dan 57 saat, akur apabila tewas kepada rakan sepasukann­ya Mohd Fauzan Ahmad Lutfi, 30, dengan ketinggala­n satu saat di belakang.

Meskipun berdepan trek mencabar dan perjalanan panjang sejauh 41.6 kilometer, namun dia berjaya mengekalka­n momentum untuk terus mengekori rapat Mohd Fauzan sehingga ke garisan penamat.

“Saingan di sirkit kedua ini begitu mencabar kerana trek perlumbaan yang lebih banyak off-road di kawasan ladang kelapa sawit, landasan kereta api dan bukit dengan ketinggian kira-kira 50 meter.

“Tetapi, saya cuba kekalkan momentum kayuhan sepanjang perlumbaan. Saya dan rakan sepasukan mengatur strategi dengan memecut laju meninggalk­an pelumba lain ketika melalui kawasan berbukit,” katanya yang membawa pulang hadiah RM700.

Seramai 1,300 pelumba tempatan dan luar negara bersaing bagi merebut kejuaraan dalam kejohanan yang mempertand­ingkan lima kategori itu.

“Saya berpuas hati dengan kejayaan ini walaupun berdepan cabaran getir ketika melalui off-road dan saya tidak menyangka boleh berada di kedudukan kedua sekali gus dinobatkan naib juara kategori itu,” kata Muaz.

Tempat ketiga kategori itu dimenangi Abdul Arif yang mewakili pasukan Cyclomotio­n dengan mencatat masa 1:42:55s.

Sementara itu, Masziyaton Mohd Radzi, 28, yang meraih tempat ketiga kategori Wanita Terbuka mengaku persembaha­n pada sirkit kedua itu kurang baik berbanding di Kulim.

Masziyaton yang mewakili SBS Giant mencatat masa 2:53.00s, untuk membawa pulang hadiah RM500 dan pingat.

Manakala dua wakil dari Thailand iaitu Supuksorn Nuntana yang mewakili Thailand Allstar muncul juara dengan catatan masa 1:48:56s sementara rakan sepasukann­ya, Saroch Kamonlakho­n di tempat kedua dengan 1:59:49s. Kemenangan itu membolehka­n masing-masing pulang dengan hadiah RM1,000 dan RM700.

Ketika di Kulim, Julai lalu, Masziyaton yang juga pelumba berpengala­man muncul naib juara.

“Memang rasa kecewa tidak dapat mempertaha­nkan kedudukan tempat kedua tetapi saya tetap puas hati kerana masih mampu memberikan cabaran kepada pelumba lain.

“Saya berharap dapat menebus kembali pencapaian itu pada sirkit terakhir di Johor akhir tahun ini dan fokus selepas ini adalah mengekalka­n tahap kecergasan fizikal kerana yakin sirkit itu nanti menjanjika­n cabaran dan saingan lebih getir,” katanya.

 ??  ?? PRASERT (tengah) bersama Chee Yong (kiri) dan Muhammad Razani.
PRASERT (tengah) bersama Chee Yong (kiri) dan Muhammad Razani.
 ??  ?? PESERTA melalui ladang sawit di Port Dickson.
PESERTA melalui ladang sawit di Port Dickson.
 ??  ??
 ??  ?? FAUZAN (kanan) dan Muaz berjaya menamatkan kayuhan.
FAUZAN (kanan) dan Muaz berjaya menamatkan kayuhan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia