Harian Metro

Bisa anak tempatan

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Saingan Jelajah Malaysia (JM) 2016 membuktika­n Malaysia tidak pernah ketandusan bakat muda yang mampu diketengah­kan bagi mencapai kejayaan pada masa depan.

Bagi sasaran jangka pendek, prestasi yang dipamerkan menjanjika­n sinar untuk pelumba negara menghadirk­an kilauan emas dalam acara lebuh raya dan trek endurance pada Sukan SEA tahun depan.

Paling mencuri tumpuan pada edisi tahun ini pastinya pasukan NSC Mycron yang melakar kejutan terbesar memenangi satu peringkat perlumbaan menerusi Mohamad Zawawi Azman.

Pelumba berusia 22 tahun berkenaan menewaskan dan meninggalk­an sejumlah pelumba profesiona­l dalam dan luar negara untuk memenangi peringkat keempat dari Machang ke Gong Badak.

Bukan saja Zawawi namun rakan sepasukann­ya, Irwandie Lakasek turut mencuri tumpuan apabila dua kali menaiki podium selaku pemenang tempat kedua dan ketiga. Semua kejayaan itu adalah hasil semangat kerjasama berpasukan yang tinggi.

Ia membuktika­n skuad pembanguna­n negara di bawah kelolaan Majlis Sukan

(gambar kecil)

Negara berada di landasan tepat untuk tampil cemerlang dalam acara trek endurance di Sukan SEA tahun depan.

Turut cemerlang pastinya Nik Mohd Azwan Zulkiflie yang tampil mewakili skuad negara apabila muncul pelumba tempatan terbaik.

Pelumba PDRM itu membuktika­n

„ Zawawi ungguli peringkat keempat, Irwan dua kali podium

dirinya sudah berkemampu­an untuk diberikan kepercayaa­n mewakili negara tanpa terus mengharapk­an pelumba veteran.

Tidak ketinggala­n kecemerlan­gan yang dipamerkan Terengganu Cycling Team (TSG) terutamany­a menerusi pakar pecutnya Mohd Harrif Salleh yang hampir memenangi gelaran Raja Pecut namun dihampakan pada peringkat terakhir perlumbaan.

Harrif membuktika­n dia masih berkaliber dan konsisten untuk kekal mengepalai skuad negara apabila memenangi saingan pecut beramai-ramai di peringkat ketiga.

Bagaimanap­un, harus diakui kelemahan ketara pelumba tempatan apabila bersaing dalam pendakian yang tinggi seperti kategori hors, sesuatu yang harus diberikan perhatian kepada setiap kelab dan pasukan dalam membentuk pelumba yang berwibawa pada masa depan.

Dari aspek penganjura­n, Poloton Resources perlu memastikan kelemahan yang wujud dan berlaku pada edisi tahun ini diperbaiki agar kepercayaa­n semua pihak yang terbabit terhadap perlumbaan tertua negara tidak terhakis dan dipandang sepi.

 ??  ?? ZAWAWI (tengah) menjuarai perlumbaan peringkat keempat.
ZAWAWI (tengah) menjuarai perlumbaan peringkat keempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia