Harian Metro

Crutchlow ‘curi’ peluang

- AFP

„ Pelumba Britain terus memecut laju selepas Marquez terbabas di selekoh keempat

Cal Crutchlow memanfaatk­an kesilapan juara baru dunia Marc Marquez di Phillip Island Australia semalam untuk menjuarai perlumbaan MotoGP buat kali kedua.

Pelumba Britain yang akan menyambut ulang tahun ke-31 minggu depan dan bertanding dalam perlumbaan MotoGP ke-103 mencuri peluang apabila Marquez terbabas di pusingan ke-10 ketika mendahului perlumbaan.

Crutchlow mempertaha­nkan kelajuanny­a ketika menunggang LCR Honda untuk mengatasi jagoan Itali Valentino Rossi yang menunggang Movistar Yamaha dengan kelebihan 4.218 saat manakala pelumba Sepanyol Maverick Vinales di tangga ketiga dengan Suzuki Ecstar.

Perlumbaan bertukar dramatik apabila Marquez, yang menakluki gelaran dunia dalam kelas perdana buat kali ketiga dengan kemenangan di Jepun hujung minggu lalu, terbabas di selekoh keempat ketika menguasai perlumbaan

bar)

(gam-

itu.

Crutchlow terus mara dan menyekat hajat juara dunia sembilan kali Rossi sehingga bendera penamat dikibarkan ketika Vinales dan Andrea Dovizioso bertarung untuk merebut tempat ketiga.

Dia menjadi pelumba Britain pertama memenangi perlumbaan pada MotoGP Australia.

Marquez mengakui pelanggara­n itu adalah berpunca dari kesilapann­ya sendiri.

“Ia memang silap saya. Sepanjang musim ini saya memang berhati-hati ketika membrek dan kali ini saya mengambil risiko dan pelanggara­n ini tiada kena mengena dengan tayar Michelin,” katanya.

Ini adalah kemenangan kedua buat Crutchlow dalam kelas perdana selepas menewaskan Rossi dan Marquez pada MotoGP Republik Czech musim ini pada Ogos.

“Ada orang bertanya kepada saya minggu lalu apa yang saya fikirkan sewaktu pergi ke Phillip Island dan saya katakan saya merancang untuk menang. Bagus dapat memenangi perlumbaan sewaktu litar basah dan kering kerana mereka hanya fikir saya boleh menunggang dalam hujan apabila memenangin­ya,” kata Crutchlow.

“Saya perlu terus bertahan, saya rasa kepantasan saya dalam perlumbaan adalah bagus dan lebih baik daripada musim sebelumnya di sini.

“Saya gembira dapat memanfaatk­an peluang sebaik tiba dan kini kami menantikan perlumbaan di Malaysia.”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia