Harian Metro

Hamilton raih petak utama

-

Austin: Juara bertahan Lewis Hamilton berjaya meraih petak pertama pada Grand Prix Amerika Syarikat apabila berjaya memintas rakan sepasukan Mercedes dan pendahulu kejuaraan Nico Rosberg pada sesi kelayakan yang berlangsun­g dalam suasana tegang.

Pelumba Britain berusia 31 tahun itu mendominas­i sesi kelayakan dengan catatan rekod terbaik sepusingan iaitu satu minit 34.999 saat, untuk menjadi pelumba pertama memecahkan rekod 1:35s dengan mengatasi pelumba Jerman itu dengan kelebihan 0.216s ketika kedua-dua pelumba Silver Arrows bersaing untuk merebut petak pertama buat kali ke-10 tahun ini.

Ini adalah petak pertama ke-58 sepanjang karier Hamilton tetapi yang pertama di Circuit of the Americas di mana biarpun memenangi tiga daripada empat perlumbaan sebelumnya, dia gagal mendominas­i sesi kelayakan.

Daniel Ricciardo layak di petak ketiga buat Red Bull mendahulu rakan sepasukann­ya, pelumba remaja Max Verstappen sementara dua pelumba Ferrari iaitu Kimi Raikkonen dan juara dunia empat kali Sebastian Vettel meraih petak kelima dan keenam.

Pelumba Renault Nico Hulkenberg di petak ketujuh buat Force India mendahului Valtteri Bottas dan rakan sepasukann­ya di Williams Felipe Massa serta Carlos Sainz daripada Toro Rosso.

Hamilton kini memburu kemenangan ke-50 untuk kekal bersaing memburu gelaran di mana dia hanya ketinggala­n 33 mata kepada Rosberg, berbaki empat perlumbaan.

Biarpun di memenangi kesemua empat perlumbaan, kedudukan Hamilton pasti dipintas Rosberg untuk gelaran itu jika dia menduduki tempat kedua. -AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia