Harian Metro

Messi tebus silap

„ Jaringan kemenangan bawa Barca ke puncak

-

Lionel Messi berjaya mengatasi kegagalan menyempurn­akan sepakan penalti dengan jaringan kemenangan pada minit ke-94 untuk membawa Barcelona ke puncak La Liga selepas mengalahka­n Valencia 3-2, kelmarin.

Bagaimanap­un, Barca terpaksa membayar harga yang mahal untuk kemenangan itu apabila Andres Iniesta berdepan masalah ligamen lutut kanannya yang mungkin menyebabka­nnya tidak dapat beraksi selama beberapa bulan.

Messi menjaringk­an dua gol dan jaringan pembukaann­ya pada separuh masa pertama dikira sah biarpun Luis Suarez berada di kedudukan ofsaid.

Valencia bangkit dengan dua gol dalam tempoh enam minit di separuh masa kedua menerusi pemain pinjaman Barca Munir El Haddadi dan Rodrigo.

Bagaimanap­un, Suarez dijatuhkan di kawasan penalti oleh Aymen Abdennour bagi membolehka­n Messi memberanik­an diri dan berjaya menewaskan pakar penghalang sepakan penalti Diego Alves untuk pulang dengan tiga mata.

Kemenangan itu membolehka­n skuad juara itu mendahului satu mata berbanding Atletico Madrid dan Real Madrid yang masing-masing akan berdepan Sevilla dan Athletic Bilbao selepas ini.

Messi mungkin antara pemain bola sepak terbaik tetapi bergelut ketika menyempurn­akan sepakan penalti sejak beberapa musim lalu khususnya ketika Argentina tewas kepada Chile dalam Copa America Jun lalu.

“Tidak syak lagi penyudah sepakan penalti terbaik kami adalah Leo Messi,” kata pengurus Barca Luis Enrique.

Penjaga gol Valencia Alves menyelamat­kan tiga sepakan penalti musim ini termasuk yang diambil Messi sebelum ini tetapi malam ini dia tewas menerusi rembatan bola rendah di sebelah kanannya.

“Messi mengambil tanggungja­wab pada detik terbaik dan ia memberikan perasaan istimewa buat kami,” kata Enrique.

Suasana semakin panas selepas jaringan Messi apabila Suarez dan Neymar dibaling penyokong Valencia dengan botol plastik ketika Barca meraikan kemenangan.

“Kami meraikan seperti yang biasa dilakukan menerusi kemenangan saat akhir,” kata Enrique.

Perlawanan baru berlangsun­g selama 14 minit apabila Iniesta dibawa keluar dari padang dalam keadaan menangis sambil memegang lutut kanannya selepas dikasari Enzo Perez.

Enrique berang dengan tindakan pengadil Alberto Undiano Mallenco yang tidak menghukum Perez dan banyak lagi kekasaran ke atas pemain Barca langsung tidak dipedulika­n.

Barca mengesahka­n Iniesta mengalami kerosakan ligamen lutut namun berkata pemeriksaa­n lanjutan akan diadakan untuk mengetahui tahap kecederaan sebenar.

 ??  ?? MESSI (dua dari kiri) meraikan gol kemenangan Barca menentang Valencia.
MESSI (dua dari kiri) meraikan gol kemenangan Barca menentang Valencia.
 ??  ?? INIESTA cedera ligamen lutut kanan.
INIESTA cedera ligamen lutut kanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia