Harian Metro

DRB-Hicom tarik diri?

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Lumpur: Kelab DRB-Hicom yang menamatkan cabaran Liga Perdana di tangga ketujuh musim ini, berkemungk­inan besar bakal mengucapka­n selamat tinggal apabila dijangka menarik diri daripada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Biarpun pihak pengurusan kelab berkenaan masih belum mengeluark­an sebarang kenyataan rasmi, namun menerusi beberapa status yang dimuat naik di laman Facebook pemain dan pegawai pasukan itu mengesahka­n bahawa DRB-Hicom akan menarik diri daripada kancah liga tempatan.

Menurut salah seorang pemain yang enggan namanya didedahkan berkata, keputusan untuk menarik diri dimaklumka­n kepada semua pemain sejurus tamatnya aksi terakhir liga ketika bertemu Johor Darul Ta'zim II (Johor DT II) kelmarin.

“Semalam (kelmarin) pemain dan pegawai pasukan sudah dimaklumka­n mengenai hasrat untuk menarik diri daripada saingan Liga Perdana musim depan.

“Kami memang kecewa selepas menerima berita sedih itu, namun kami akur dan terpaksa mencari pasukan baru untuk meneruskan kerjaya sebagai pemain bola sepak. Apapun kami mengucapka­n terima kasih kepada pengurusan pasukan yang menjaga kebajikan kami dengan baik selama ini,” kata pemain itu kepada Arena Metro, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnershi­p (FMLLP), Kevin Ramalingam yang dihubungi mengesahka­n pihaknya masih belum menerima apa-apa surat rasmi mengenai hasrat kelab terbabit.

“Saya ada mendengar isu itu (menarik diri) menerusi laman sosial malah ia sudah menjadi viral. Namun mereka (DRB-Hicom) sehingga kini tidak memaklumka­n kepada kami lagi.

“DRB-Hicom bagi saya pasukan yang amat profesiona­l dari sudut urus tadbir mereka. Jika benar berita itu, sudah pasti ia sedikit mengecewak­an dan merugikan.

“Bagi mengisi kekosongan DRB-Hicom, FMLLP akan bermesyuar­at terlebih dulu dan menyemak peraturan sedia ada sebelum memutuskan pengganti.

“Namun macam saya katakan tadi, kelab berkenaan belum menghantar notis dan mesyuarat hanya dijalankan selepas menerima surat rasmi berserta alasan-alasan penarikan diri,” kata Kevin ketika dihubungi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia