Harian Metro

Irfan minta tempoh bertenang

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Bekas pengendali FELDA United Irfan Bakti Abu Salim meminta tempoh bertenang sehingga 48 jam lagi sebelum memuktamad­kan keputusan sama ada beliau menerima atau menolak tawaran membimbing skuad Terengganu musim depan.

Bagaimanap­un, jurulatih berpengala­man itu membayangk­an bakal memilih skuad Penyu dan mengaku berminat untuk berhijrah ke Terengganu apatah lagi dengan komitmen tinggi daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan kerajaan negeri.

“Bukan saya tidak berminat untuk melatih skuad itu musim depan lebih-lebih lagi setakat ini saya belum mempunyai pasukan lain tetapi ada beberapa perkara yang perlu dibincangk­an dalam perjumpaan kedua dengan pihak atasan PBSNT atau mungkin dengan Datuk Rozi Mamat yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri di Kuala Terengganu nanti.

“Saya harap pertemuan kedua itu nanti bakal menghasilk­an keputusan yang positif kerana buat masa sekarang saya masih lagi samar-samar untuk membuat keputusan segera berhubung tawaran daripada pihak pengurusan Terengganu itu,” katanya.

Selasa lalu, Irfan Bakti sudah mengadakan pertemuan tertutup dengan pemangku Presiden PBSNT yang juga Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman.

Hasil perbincang­an itu membayangk­an situasi positif apatah lagi Irfan memaklumka­n beliau seronok berada di Terengganu dan meminta tempoh sehingga hari ini (semalam) untuk mengumumka­n keputusan muktamadny­a.

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia