Harian Metro

Tonik Hazwan

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Jaringan cantik ayam tambatan Selangor Ahmad Hazwan Bakri ketika aksi terakhir Liga Super bertemu Johor Darul Ta’zim (Johor DT) di Stadium Shah Alam kelmarin, mahu dijadikan motivasi tambahan menjelang aksi final Piala Malaysia menentang Kedah di venue sama, Ahad ini.

Rembatan menarik yang dilepaskan­nya pada minit ke-70 selepas berjaya menggelece­k tonggak pertahanan import lawan dari Brazil Marcos Antonio bukan saja memadamkan kelebihan pelawat namun ia turut dilihat sebagai perangsang tambahan buat penyerang itu agar tampil lebih berbisa di pentas final nanti.

Jelas penyerang kebangsaan itu, walaupun Red Giants tewas 1-2 kepada Harimau Selatan, jaringanny­a berkenaan menandakan bahawa dia sudah bersedia untuk mencipta impak lebih mengancam sekali gus mengulangi pencapaian­nya pada final sama musim lalu apabila meledak dua gol untuk menewaskan Kedah 2-0.

Malah, dalam aksi sama juga, pemain berusia 25 tahun

(gambar)

itu dinobatkan selaku pemain terbaik perlawanan akhir.

“Saya sendiri tidak menyangka dapat menjaringk­an gol pada perlawanan tadi (kelmarin) tetapi yang pasti jaringan yang saya lakukan itu sedikit sebanyak menyuntik kembali keyakinan saya untuk mengharung­i aksi final menentang Kedah hujung minggu ini.

“Berbekalka­n pengalaman menjalani latihan bersama skuad kebangsaan dan beraksi di peringkat antarabang­sa, saya yakin sudah bersedia sepenuhnya untuk aksi final nanti,” katanya pada sidang media sejurus tamat aksi, kelmarin.

Jelas Hazwan lagi, dia amat berpuas hati dengan prestasi semasa dirinya biarpun sebelum ini sering dihimpit dengan masalah kecederaan hingga mengganggu rentak permainan.

Namun, selepas menjalani proses pemulihan dan bebas daripada kecederaan, dia berjaya menemui semula sentuhanny­a dan mahu momentum itu diteruskan sehingga ke pentas final Piala Malaysia serta Piala AFF apabila menyarung jersi Harimau Malaysia pertengaha­n bulan depan.

“Saya akui prestasi saya sedikit merudum kerana mengalami kecederaan pada perlawanan pembukaan

„ Tekad jaring gol pada final Ahad ini

awal musim lalu dan terpaksa mengambil masa lebih sebulan untuk pulih dan kembali berlatih bersama pasukan.

“Jadi situasi ini mungkin mengakibat­kan prestasi saya sedikit menurun, namun aksi saya dalam beberapa perlawanan terdahulu mula menunjukka­n peningkata­n dan saya perlu gigih untuk mendapatka­n kembali rentak terbaik saya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia