Harian Metro

18,000 tiket final mula dijual Rabu ini

- Izzali Ismail sukan@hmetro.com.my

Alor Setar: Sebanyak 18,000 daripada 30,000 tiket final Piala Malaysia yang diperuntuk­kan kepada penyokong Kedah akan mula dijual di kaunter tiket Stadium Darul Aman, Rabu ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Teknikal Tiket dan Pintu Masuk Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Shaharol Niza Omar berkata, baki 12,000 tiket lagi adalah untuk kuota tempahan bas, kuota pasukan, badan gabungan KFA, penaja dan Ahli Eksekutif KFA.

“Tiket berharga RM50 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak akan mula dijual pada Rabu ini jam 10 pagi di Stadium Darul Aman dan kuota pembelian ditetapkan tiga keping seorang di empat kaunter yang disediakan.

“Bagi penjualan tiket individu, empat kaunter akan dibuka iaitu kaunter A, A3, B dan F. Cuma kaunter A saja kita khaskan untuk golongan pembeli wanita kali ini,” katanya.

Menurutnya, bagi mereka yang ingin membeli secara atas talian, ia boleh dilakukan pada hari dan masa yang sama dengan jualan di kaunter.

“Manakala tempahan berkumpula­n untuk bas yang dibuka pada hari Khamis 20 Oktober lalu sudah ditutup dan kami mendapat sambutan hangat apabila hampir 300 bas membuat permohonan walaupun pada asalnya kami menjangkak­an sekitar 100 saja.

“Hingga ke hari ini (semalam) masih ada lagi kumpulan yang membuat permohonan walaupun ia sudah ditutup dan jika dikira dengan kumpulan individu yang menaiki bas sewaan sendiri sudah pasti jumlahnya melebihi 300 bas,” katanya.

Beliau berkata, KFA juga

menyaranka­n supaya penyokong termasuk penganjur rombongan membuat persediaan awal dalam semua urusan termasuk pembelian tiket pada hari yang sudah ditetapkan dan mengelak daripada membuat tempahan serta pembelian selepas tarikh jualan daripada pihak lain bagi mengelak sebarang unsur penipuan.

“Ada beberapa kes yang berlaku membabitka­n tempahan tiket yang ditawarkan individu yang kononnya dapat membekalka­n tiket pada hari perlawanan namun selepas kumpulan penyokong atau penganjur rombongan sampai ke tempat yang dijanjikan, individu berkenaan pula menghilang­kan diri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia