Harian Metro

Faizat dapat pujian

- Rudy Syareme Sheriffudi­n sukan@hmetro.com.my

Georgetown: Nama bekas pemain Harimau Muda Mohd Faizat Mohd Ghazli tiba-tiba menjadi sebutan dan dia pantas menerima pujian khususnya daripada penyokong bola sepak Pulau Pinang apabila menjadi wira selepas menjaringk­an gol penting ketika menewaskan Terengganu 1-0 dalam perlawanan bola sepak Liga Super 2016 di Stadium Bandaraya malam kelmarin.

Jaringan menerusi tolakan mudah Mohd Faizat, 22, anak kelahiran Parit Buntar, Perak itu cukup besar maknanya apabila kemenangan pada perlawanan terakhir itu menyaksika­n Pulau Pinang kekal dalam kempen Liga Super musim depan manakala Terengganu tersungkur ke Liga Perdana.

Mohd Faizat

mengaku amat bangga kerana berjaya mengharumk­an nama Pulau Pinang dan sejak menyarung jersi Harimau Kumbang sebagai pemain tengah dua musim lalu, dia bertekad dan berazam untuk mencipta sesuatu buat pasukan.

“Memang Pulau Pinang dan Terengganu turun dengan misi hidup mati untuk kekal dalam Liga Super. Saya terus berusaha dan tidak menyangka akhirnya dapat menjaringk­an gol penting itu dengan tolakan mudah ke gawang lawan.

“Saya hanya memikirkan pasukan, peminat dan keluarga yang sentiasa beri sokongan serta dorongan selama ini dan ini adalah hadiah buat mereka,” katanya.

Ketua Jurulatih dan Pengurus Pulau Pinang Nenad Bacina melahirkan rasa bangga dengan persembaha­n anak buahnya apabila berjaya mencapai kemenangan yang diimpikan.

 ??  ?? MOHD Faizat meraikan gol kemenangan bersama rakan sepasukann­ya.
MOHD Faizat meraikan gol kemenangan bersama rakan sepasukann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia