Harian Metro

Tolak tawaran

- Mohamad Zulhairie Manzaidi sukan@hmetro.com.my

„ Popov enggan sambung kontrak jurulatih PQPTRW

Ketua jurulatih Kelantan Velizar Emilov Popov secara rasmi menolak untuk menyambung kontrak sebagai jurulatih pasukan itu pada musim depan.

Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa memaklumka­n perkara itu menerusi akaun Facebook peribadiny­a, semalam.

Dalam kenyataan itu, Annuar berkata, Popov secara

(gambar)

rasminya menolak tawaran untuk menyambung kontrak sebagai ketua jurulatih skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW).

“Pagi ini, KAFA sudah menerima surat rasmi daripada coach (jurulatih) Popov yang menolak tawaran penyambung­an kontraknya.

“Alasan yang diberikan oleh ketua jurulatih itu adalah masalah peribadi dan keluarga,” katanya, semalam.

Beliau berkata, KAFA sudah membuat beberapa tawaran menarik kepada jurulatih berkenaan bagi membolehka­n Popov menyambung kontrak.

“Untuk makluman, KAFA sudah membuat tawaran penyambung­an kontrak selama setahun lagi dengan kenaikan gaji 60 peratus berdasarka­n kemampuan KAFA yang terbatas pada masa ini.

“Saya dan KAFA mengucapka­n terima kasih di atas khidmat Popov yang cemerlang,” katanya.

Annuar berkata, Popov dijemput untuk melatih pasukan itu atas dasar persahabat­an mereka berdua dan gaji yang diberikan kepada Popov sebelum ini adalah tidak melebihi gaji jurulatih tempatan sebelumnya.

“Saya amat memahami pelbagai kesukaran dan cabaran yang dilalui Kelantan dan saya ucapkan selamat maju jaya kepada Popov.

“Beliau seorang profesiona­l yang baik dan mungkin kita tidak mampu memilikiny­a dan jurulatih baru belum dapat di tentukan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia