Harian Metro

Siapa paling handal di dapur

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Nasib 4 finalis Hero Oven terjawab malam esok

Teka-teki juara Hero Oven bakal diumumkan pada pusingan akhir program realiti itu yang akan bersiaran di TV3, jam 11.30 esok.

Pada episod final selama sejam itu, penonton akan menyaksika­n empat finalis, Naem, Zam Akmal, Brynner dan Dausi berentap menyiapkan tiga jenis hidangan.

Juri tetap, Cef Fikree Aznan berkata, Hero Oven memperkena­lkan konsep baru yang peserta adalah lelaki mahir dalam pembuatan kulinari.

“Semua peserta program ini berbakat dan program ini bagus kerana membuka minda masyarakat yang lelaki juga mahir dalam bidang pastri,” katanya.

Menurut Fikree, program 13 episod ini memaparkan penyediaan hidangan pastri terkenal dari negara di Asia dan Eropah.

“Peserta perlu menyediaka­n hidangan itu tanpa perlu menukarkan bentuk asalnya. Justeru, program ini digalakkan untuk terbitan musim kedua,” katanya.

Mengenai persembaha­n akhir, Fikree berkata, pengetahua­n finalis diuji dengan menerapkan elemen pastri dalam pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut.

Selain Fikree, juri tetap lain Hero Oven adalah Cef Sarah Samsul Ariffin dari Singapura dan pelakon Kilafairy.

Pusingan akhir ini turut menampilka­n juri khas, Cef Jasman Saidin, Cef Nazeri Ismail dan pengacara Jalan Jalan Cari Makan, Naz Rahman.

SEMUA BERBAKAT MEMBAKAR PASTRI

Empat jejaka berjaya ke final Hero Oven bukan calang-calang orang kera-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia