Harian Metro

WANITA TERAJU UTAMA DOCTOR STRANGE

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Filem Doctor Strange terbitan Marvel Studios yang akan ditayangka­n pada 27 Oktober ini adalah antara filem yang dinanti-nantikan tayanganny­a tahun ini.

Sejak teaser filem lakonan Benedict Cumberbatc­h,

Tilda Swinton, Chiwetel Ejiofor, Rachel McAdams dan Benedict Wong itu mula bertebaran di laman sosial April lalu, Doctor Strange mendapat liputan meluas hampir ke seluruh dunia.

Berpeluang bertentang mata dengan tunjang utama filem terbabit iaitu Benedict Cumberbatc­h dan Tilda Swinton serta pengarah handalan, Scott Derrickson ketika majlis pelancaran filem itu yang berlangsun­g meriah di Hotel Ritz Carlton, Kowloon, Hong Kong barubaru ini, nyata banyak perkara yang dikongsika­n sepanjang menjayakan filem itu.

Apa yang menarik, masing-masing dilihat begitu teruja tatkala diajak bercerita mengenai watak yang dibawa. Malah, ketika rakan media yang mengikuti rombongan itu dibawa menyaksika­n tayangan filem itu secara eksklusif selama 20 minit, boleh dikatakan setiap pelakon berjaya menghidupk­an karakter itu dengan berkesan selain penggunaan teknik imej penjanaan computer (CGI) dilihat begitu kemas dan hebat.

Meskipun berdepan pelbagai kontrovers­i apabila peranan Tilda sebagai The Ancient One dipertikai segelintir pihak, Scott dilihat tenang menjawab pertanyaan mengenai mengapa peranan itu diberikan kepada pelakon wanita sedangkan cerita asal dari buku komik Doktor Strange itu dilakonkan oleh watak lelaki tua dari Tibet.

Menurut Scott, peranan The Ancient One sejak awal lagi ditulis khas untuk Tilda bagi mengubah stereotaip selain percaya pelakon itu mampu membawakan karakter itu dengan baik.

“Skrip The Ancient One memang ditulis khas untuk Tilda. Malah, ketika saya bertemu dengan Presiden Marvel Studios, Kevin

Feige saya beritahuny­a jika dia menolak peranan ini, saya perlu menulis semula skrip ini kerana saya tidak boleh menulis karakter itu dengan betul sehingga saya menggambar­kan Tilda melakukann­ya.

Peranan The Ancient One

sejak awal lagi ditulis khas untuk Tilda bagi ubah stereotaip

 ??  ?? ANTARA babak dalam filem Doctor Strange.
ANTARA babak dalam filem Doctor Strange.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia