Harian Metro

Jelajah 15 artis ke selatan

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Selepas hampir 10 tahun tidak mengadakan konsert siri jelajah membabitka­n artis naungannya, syarikat rakaman FMC Music kembali menemui peminat di selatan tanah air membabitka­n Johor dan Melaka pada 29 serta 30 Oktober ini.

Acara yang mendapat kerjasama Joox Live dan

Best FM ini menampilka­n 15 artis popular seperti Tasha Manshahar, Syed Shamim, Ernie Zakri, Wani, Haiqiem Rusli, Sissy Imann, Tajul dan Eleena Haris.

Tidak ketinggala­n beberapa penyanyi baru seperti Wany Hasrita, Farah Farhana, Hez Hazmi, Baron Bros, Haziq (putera band), Wan Azlyn serta vokalis kumpulan Selasa Band iaitu Dhena.

Bagi Ernie yang popular menerusi lagu Jangan Marah, dia meluahkan rasa teruja untuk menghiburk­an peminat di dua negeri itu.

“Apabila diberitahu mengenai acara ini saya berasa sangat teruja. Selama tujuh tahun pembabitan saya dengan pihak FMC Music, ini kali pertama kami mengadakan siri jelajah. Kiranya ini sesuatu yang baru untuk saya. Lebih teruja apabila saya dengan rakan penya– nyi lain dapat berkumpul bersama-sama menjayakan acara ini.

“Dari segi persiapan, saya tak ada masalah. Ini kerana setiap kali mengajar kelas vokal saya turut melatih dan mempersiap­kan diri. Jadi perkara itu sedikit sebanyak membantu saya,” katanya.

Mengenai jangkaan terpeminat hadap sambutan di sana nanti, Ernie menyifat– kan peminat di sana sangat ‘sporting’.

“Sebelum ini saya pernah mengadakan persembaha­n di sana dan sambutan dibeJadi rikan sangat luar biasa. apabila dua negeri ini dipilih bagi siri jelajah ini, bagi saya ia adalah pilihan yang tepat.

“Pendek kata peminat di Johor dan Melaka sangat menyokong dan ‘sporting’. Mereka tak pernah gagal untuk menyanyi bersama. Jadi itu yang membuatkan saya tak sabar untuk bermereka temu dengan lagi,” katanya yang bakal menyanyiJa­ngan

kan lagu Marah.

Sependapat dengan Ernie, Syed Shamim juga tidak sabar untuk menjelajah ke dua negeri itu apatah lagi ini kali pertama dia terbabit dalam program besar anjuran syarikat rakamannya.

“Tahun ini adalah tahun keempat saya bersama FMC Music. Mini konsert ini sesuatu yang besar untuk saya sepanjang bergelar pe– nyanyi. Menariknya juga, ini kali pertama saya bersama penyanyi lain berkumpul di lokasi sama.

“Sebenarnya pihak syarikat rakaman sudah lama merancang mengaakan aktiviti yang membabitka­n semua artis, amun tidak kesampaian kerana kekangan masa daripada semua pihak.

“Jadi saya mengambil peluang ini untuk mengeratka­n lagi silaturahi­m antara artis dan pihak pengurusan selain daripada menjayakan persembaha­n bersama-sama,” katanya.

Pada masa sama, Syed teruja untuk melancarka­n album terbarunya berjudul Melodi.

“Peminat yang hadir berpeluang untuk mendapatka­n album saya secara eksklusif. Selain itu, saya bersama Tasha dan Eleena Haris akan menyanyi secara akustik diiringi band ‘Whisper To

The Deaf (WTTD).

“Saya berharap acara ini mendapat sambutan kerana kami menjanjika­n sesuatu yang istimewa. Selain itu, terdapat juga persembaha­n daripada barisan artis Mixology Music iaitu syarikat rakaman milik DJ Fuzz,” katanya.

Sementara itu Sissy menjangkak­an acara itu bakal mendapat sambutan hangat daripada peminat berdasarka­n pengalaman­nya membuat persembaha­n di dua negeri itu.

“Saya pernah mengadakan persembaha­n di sana dan sambutan sangat hebat. Untuk kali ini saya turut mengharapk­an yang sama. Apatah lagi menggabung­kan ramai artis lain.

“Soal persembaha­n saya nanti ia bergantung kepada masa. Begitu juga dengan jumlah lagu yang bakal saya nyanyikan, tunggu saja nanti,” katanya.

Menurut Sissy dia berasa gembira apabila dapat bersama-sama barisan artis lain menjayakan konsert mini ini.

Konsert mini yang bertujuan untuk mempromosi­kan barisan artis naungan syarikat itu bakal berlangsun­g di tiga lokasi iaitu di Kluang Mall, Johor pada 29 Oktober (jam 2 petang), Universiti

Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) Batu Pahat (jam 8 malam) dan Mydin Mall Jasin Melaka pada 30 Oktober (jam 2 petang).

Peminat yang hadir pada konsert mini itu nanti bukan saja boleh melihat persembaha­n penyanyi kesayangan mereka dengan lebih dekat, malah mereka berpeluang mendapatka­n album baru daripada Tasha Manshahar berjudul Bukan Aku dan Syed Shamim berjudul Melodi.

FMC Music anjur konsert selepas 10 tahun di Melaka dan Johor

 ??  ?? ERNIE
SISSY
ERNIE SISSY
 ??  ?? SYED Shamim
SYED Shamim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia