Harian Metro

ADIBAH BUKTIKAN DIA TERISTIMEW­A

-

Konsert mini turut jadi platform perkenalka­n

album terbaru berjudul Jiwa Sentuh Jiwa

Penyanyi ini antara permata yang begitu berharga dalam industri muzik Malaysia. Meskipun dia mungkin tidak segah penyanyi hebat lain, tiada siapa mampu menafikan bakat besarnya dalam nyanyian.

Bagaimanap­un, Adibah Noor, 46, bukan setakat dikurniaka­n vokal hebat bahkan ciri penghibur dalam dirinya tiada tandingan. Dia tidak perlukan set produksi hebat kerana hakikatnya dia mampu menguasai pentas begitu saja dengan keletah, lawak, ceritanya dan aksi selamba.

Itulah yang berlaku sewaktu persembaha­nnya di Adibah Noor Into The 3rd Decade, A Mini Concert di KLPac, Kuala Lumpur, Jumaat lalu. Mengadakan konsertnya buat julung kali, apa lagi yang boleh dikatakan, Adibah memang terlalu istimewa.

Tidak hairanlah dia sendiri mengatakan konsert itu terlalu peribadi buat dirinya yang kini memasuki tiga dekad dalam industri. Banyak yang dilaburkan­nya demi memastikan impian itu terlaksana.

Paling istimewa, bukan sekadar dapat menyaksika­n kehebatann­ya menyanyika­n lagu sendiri mahupun lagu orang, penonton juga dapat mengenali Adibah lebih dekat. Benarlah katanya ia umpama cerita kisah perjalanan­nya selama ini.

Niatnya memang mahu menghiburk­an penonton semata-mata. Namun merungkai sedikit demi sedikit mengenai hidup serta dirinya, ternyata penyanyi kelahiran Kuala Lumpur itu sesekali tewas dengan emosinya.

Dia tidaklah memperliha­tkan secara jelas pada riak wajahnya apabila mengimbas semula kenangan lalu, namun ia boleh dirasakan daripada caranya bercerita. Betapa selama ini dia sebenarnya sangat kuat

 ??  ?? ADIBAH tampil dengan konsert mini sulung.
ADIBAH tampil dengan konsert mini sulung.
 ??  ??
 ??  ?? DUET bersama Sam Innuendo .
DUET bersama Sam Innuendo .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia