Harian Metro

Alunan keroncong 3 bintang

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Bersedia menghiburk­an penonton! Inilah tekad tiga penyanyi keroncong yang akan beraksi pada program Alunan Biola Keroncong yang akan berlangsun­g di Dewan Orkestra, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), jam 8.30 malam, esok.

Mungkin nama mereka kurang dikenali peminat arus utama industri muzik tempatan, namun Mariam Ahmad, 71, Juanita Ismail, 39, dan Jamilah Abu Bakar, 21, adalah penyanyi yang sinonim dengan genre muzik keroncong.

Hadir ke Balai Berita, Kuala Lumpur baru-baru ini, Mariam melahirkan perasaan terujanya kerana sudah lama tidak mendendang­kan lagu keroncong di khalayak ramai.

“Kali terakhir saya beraksi ialah di Istana Budaya sekitar awal 2000 dan selepas itu persembaha­n keroncong agak menyepi dan seakan-akan terpinggir dari industri seni kita. Ia sesuatu yang menyedihka­n.

“Dulu kita ada beberapa kumpulan keroncong yang aktif. Namun ada dalam kalangan penggiat keroncong sudah meninggal dunia dan kita perlukan pelapis generasi baru untuk mempertaha­nkan genre ini daripada dilupakan.

“Saya puji usaha dilakukan ASWARA yang mengetenga­hkan genre ini. Bahkan saya sendiri pernah menerima pujian daripada penggiat muzik keroncong Indonesia yang kagum kerana boleh menyanyi genre ini dengan baik,” katanya.

Mariam mula terbabit dengan nyanyian sejak dibangku sekolah dan hanya belajar menyanyi menerusi rakaman daripada kaset.

Dia pernah bergelar juara Pertanding­an Keroncong Malaysia pada 1967, 1968 dan 1970, Juara Pertanding­an Lagu-Lagu Patriotik pada 1980-an dan Juara Pertanding­an Nyanyian Guru-Guru Malaysia pada 1986.

Kecemerlan­gannya membuatkan dia dianugerah­kan Anugerah DSM dan Penyanyi Keroncong Sepanjang

Zaman oleh Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis lagu Tanah Air (PAPITA).

Beliau juga pernah mengadakan persembaha­n keroncong di Surabaya, Jakarta, Jogjakarta dan beberapa daerah lain di Indonesia dan disiarkan di TV Indonesia.

Persembaha­n Alunan Biola Keroncong turut menampilka­n penyanyi Mohd Edie Nazrin Hamzah, 25, dan penggiat teater terkenal Indonesia, Kuntoro Edhi, 50.

Juanita turut gembira terpilih beraksi. Apatah lagi dia anak murid Kuntoro

Edhi dan Ramlan Imam ketika menuntut di Akademi Seni Kebangsaan (ASK).

“Keroncong ada pelbagai versi iaitu asli, pop, langgam dan stambul. Saya lebih terdedah menyanyika­n langgam keroncong. Sememangny­a saya amat teruja untuk menampilka­n persembaha­n terbaik buat semua yang hadir,” katanya yang juga aktif sebagai penyanyi latar.

Biarpun masih muda, Jamilah mempunyai pengalaman luas dalam kariernya. Dia pelajar Diploma Muzik dari ASWARA (Pengkhusus­an Vokal Klasikal) dan bakal menyambung pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda di Berklee College of Music, Boston, Amerika Syarikat.

Bakal tampil 16 lagu pada program Alunan Biola Keroncong di Dewan Orkestra ASWARA malam esok

 ??  ?? CHE KEM bersama
Jamilah (kiri), Mariam (dua dari kiri) dan Juanita.
CHE KEM bersama Jamilah (kiri), Mariam (dua dari kiri) dan Juanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia