Harian Metro

Dah rasa nak buka tudung...

-

Sebelum ini kecoh mengenai ‘penghijrah­an’ seorang artis wanita yang nekad kembali kepada imej asal dengan membuka tudung.

Tidak dinafikan keputusann­ya itu mengejutka­n banyak pihak sehinggaka­n dia menerima banyak komen dan maklum balas yang menghentam tindakanny­a itu.

Dalam diam ada seorang lagi artis wanita bertudung mahu mengikut jejak langkah sama. Dalam erti kata lain dia sudah mempunyai niat membuka tudung selepas hampir setahun berhijrah.

Menurut cerita yang disampaika­n kepada SS, artis wanita ini pun sudah tidak mahu bersikap hipokrit. Dia berasakan keputusan bertudung itu terlalu awal meskipun belum bersedia.

Kata rakan SS itu, banyak perkara yang artis wanita itu sudah tidak boleh lakukan disebabkan imej bertudung itu. Pendek kata setiap gerak geri dan perbuatann­ya terbatas tidak seperti dahulu yang bebas melakukan apa saja.

Jadi apabila artis wanita itu melihat ada artis lain membuka tudung dan kembali dengan kehidupan dan gaya lama, artis wanita itu pun teringin dan hatinya seperti meronta-ronta.

Cuma apa yang menghalang­nya ketika ini adalah kecaman daripada peminat. Dia belum bersedia dan tidak sanggup berdepan kecaman peminat di laman sosial.

Apatah lagi banyak drama lakonannya belum ditayangka­n. Jadi dia bimbang keputusan membuka tudung memberi kesan buruk kepada drama itu.

SS: Kalau sudah berniat tak baik cepat-cepatlah bertaubat dan memohon ampun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia