Harian Metro

2 artis elak bertembung rakan media

-

Kata orang berani kerana benar, takut kerana salah. Itulah peribahasa yang sesuai untuk dua artis wanita ini yang cukup dikenali dengan kontrovers­i mereka.

Sebelum ini hubungan dua artis wanita ini dengan pihak media baik. Malah media juga sering memberikan publisiti terhadap kerjaya mereka. Meskipun pada masa sama kontrovers­i lebih mewarni hidup mereka.

Terbaru keduadua artis ini sanggup memalingka­n muka apabila melihat kehadiran pihak media pada satu acara tertutup yang dihadiriny­a. Sedangkan rakan

SS itu terlebih dulu memberikan senyuman.

Tidak salah bertegur sapa kerana jarak mereka ketika itu cuma beberapa meter. Kalau tidak mahu bersalam sekali pun, cukup sekadar membalas senyuman.

Ini tidak, dengan reaksi wajah yang masam mencuka kedua-dua artis wanita tadi terus berlalu pergi. Lebih teruk sepanjang berada di majlis itu, kedua-dua mereka seperti cacing kepanasan.

Di mana ada kelibat rakan SS, mereka seboleh-bolehnya mengelak bertembung. Ibaratnya sanggup membuat pusingan 100 kilometer asal saja tidak bertembung.

Rakan SS yang perasan aksi kedua-dua artis itu pun tergelak. Ini kerana rakan SS yang hadir ke majlis itu bukan untuk menemu bual mereka, tetapi sekadar memenuhi jemputan. Jadi nampak sangat mereka takut dengan kesilapan sendiri.

SS: Kata rakan SS, seorang artis wanita itu mirip wajah hantu boneka Chucky.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia