Harian Metro

GEMENTAR DENGAN ‘REZEKI’

Pertama kali Puteri Aishah galas tanggungja­wab mengacara siaran langsung untuk ASK2016

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Sudah rezeki, apabila kisah menarik seseorang itu menjadi viral pasti kehidupan mereka akan berubah dilimpahi populariti dan publisiti.

Puteri Aishah Sulaiman tidak sangka selepas gambarnya menjadi guru sandaran yang viral di laman sosial, rezekinya mencurahcu­rah walaupun dia bukanlah calon Top 5 untuk satu pertanding­an realiti yang disertainy­a.

Menggangga­p rezeki menjadi pengacara bersama untuk Anugerah Skrin (ASK) 2016, Puteri Aishah akui gementar namun bersedia menggalas tanggungja­wab itu. Ini kali pertama dia mengacara depan khalayak ramai.

“Walaupun sebelum ini saya pernah menjadi pengacara tetapi program itu tidak disiarkan secara langsung di TV. Pastinya situasi berbeza apabila mengacarak­an ASK dan saya akui gementar. Namun berganding­an dengan ramai pengacara lain dan pengacara utamanya, Alif Satar ia pengalaman menarik yang perlu saya manfaatkan dengan sebaik-baiknya.

“Semoga pengalaman ini dapat memberi lebih banyak peluang untuk saya menjadi pengacara selepas ini,” katanya.

ASK2016 akan berlangsun­g di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya

(PICC) pada 18 November depan.

Puteri Aishah yang juga pelakon filem Pulang arahan Khabir Bhatia juga tidak menyangka dapat banyak tawaran berlakon.

“Pada awal menyertai pertanding­an realiti itu, saya tidak terfikir akan serius dalam lakonan kerana bukanlah calon akhir tetapi tidak sangka pula daripada hari ke hari saya kerap ditawarkan berlakon dalam pelbagai jalan cerita.

“Jadi dengan peluang yang terbentang depan mata, saya fikir apa salahnya mencuba dan untuk menjadi pelakon yang bagus saya mengambil kelas lakonan dengan pelakon Fauziah Nawi.

“Sekarang apabila berada di lokasi filem Pulang, saya berlatih dengan Fatimah Abu Bakar pula.

“Saya berhenti sekejap dengan Fauziah Nawi. InsyaAllah jika berkelapan­gan selepas ini saya akan menyambung semula kelas latihan dengan pelakon veteran itu,” katanya.

Semoga pengalaman ini dapat memberi lebih banyak peluang untuk saya menjadi pengacara selepas ini Puteri Aishah

 ?? FOTO: HALIMATON SAADIAH SULAIMAN ?? PUTERI Aishah gementar jadi
pengacara ASK2016.
FOTO: HALIMATON SAADIAH SULAIMAN PUTERI Aishah gementar jadi pengacara ASK2016.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia