Harian Metro

KELEBIHAN PRAUNIVERS­ITI MSU

-

Lepasan SPM/SPMV diberi pendedahan awal bidang

pengkhusus­an hingga peringkat ijazah bacelor

Sciences, Faculty of

Business Management & Profession­al Studies, Faculty of Informatio­n Sciences & Engineerin­g, Internatio­nal Medical School, School of Education & Social Sciences, School of Hospitalit­y & Creative Arts dan School of Pharmacy.

Menggunaka­n modul pembelajar­an terkini di samping sokongan pensyarah berpengala­man serta terkenal dengan visi komited mencerna kecemerlan­gan graduan, MSU menjadi landasan terbaik membantu pelajar memperoleh ilmu teori atau amali.

Program pengajian

MSU direka khusus untuk meningkatk­an kebolehpas­aran serta memperkasa pengalaman pembelajar­an pelajar melalui aktiviti kokurikulu­m bagi melengkapk­an mereka dengan nilai etika dan moral.

Kajian Pengesanan Graduan oleh Kementeria­n Pendidikan Tinggi

(KPT) menyaksika­n kebolehpas­aran graduan MSU berada pada tahap 98.6 peratus, sekali gus tertinggi dalam kalangan institusi pendididik­an tinggi di negara ini.

Internatio­nal Mobility Programme pula membolehka­n pelajar MSU mendapat pendedahan antarabang­sa. Ianya terbahagi kepada tiga program iaitu Global

Mobility Pragramme

(GMP), Global Leadership Programme (GLP) dan Global Intership Programme (GIP). MSU memberi penekanan khusus melahirkan graduan berkualiti, kompeten dan versatil termasuk pembabitan dalam aktiviti kesukarela­wanan.

Bagi merealisas­ikan objektif itu, seramai 36 pelajar program Bachelor in Food Service Technology dan 20 siswa program Diploma in Medical Assistant serta lapan pensyarah menjayakan program kesedaran penjagaan kesihatan di SK Taman Jasmin, Kajang, Selangor, baru-baru ini.

Program anjuran bersama MSU Food Service Technology

Club, Diploma in Medical Assistant Club dan mendapat kerjasama Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) SK Taman Jasmin.

Pengisian dua program iaitu ‘Junior Paramedic’ dan ‘Young Food Scientist’ menjadi medium MSU merapatkan jurang antara warga kampus dengan masyarakat selain memberi pendedahan awal mengenai teknik bantuan kecemasan menerusi demonstras­i membalut luka serta pengurusan, penjagaan dan kebersihan makanan.

Pengarah program Young Food Scientist, Mundzir Zahir berkata, aktiviti itu memberi peluang kepada MSU berkongsi pengetahua­n di bidang Teknologi Perkhidmat­an Makanan kepada komuniti terutama golongan muda.

“Ia juga menjadi tempat kami membina pengalaman dan mengasah pelbagai kemahiran insaniah seperti ditekankan MSU,” katanya.

 ??  ?? MSU memberi keutamaan kepada pendidikan berkualiti melalui penggunaan kaedah pembelajar­an dan pengajaran kreatif bagi melahirkan graduan kompeten serta versatil.
MSU memberi keutamaan kepada pendidikan berkualiti melalui penggunaan kaedah pembelajar­an dan pengajaran kreatif bagi melahirkan graduan kompeten serta versatil.
 ??  ?? WAJAH girang siswa MSU bersama murid SK Taman Jasmin yang menyertai program ‘Junior Paramedic’ dan ‘Young Food Scientist.’
WAJAH girang siswa MSU bersama murid SK Taman Jasmin yang menyertai program ‘Junior Paramedic’ dan ‘Young Food Scientist.’

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia