Harian Metro

BUAT PILIHAN TEPAT

- DARI MUKA 1

Dapatkan nasihat kaunselor sekolah sebelum pilih aliran pengajian selepas PT3

Ketua Jabatan

Psikologi dan Kaunseling Fakulti Pendidikan dan Pembanguna­n Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Madya Dr Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip berkata, pelajar perlu membuat pilihan yang betul selepas memperoleh keputusan PT3 agar tidak menyesal atau berdepan konflik lain selepas itu.

Menurutnya, keputusan PT3 boleh dijadikan panduan awal untuk merencanak­an pengajian sama ada mahu meneruskan­nya dalam aliran perdana, kemahiran atau perancanga­n lain.

“Walaupun tidak sepenting SPM, PT3 tetap menjadi platform mengukur kemampuan pelajar dalam pendidikan perdana.

“Pemilihan aliran pengajian sangat penting bagi memastikan pelajar tidak berdepan kemungkina­n gagal dalam pelajaran atau salah membuat pilihan.

“Keputusan mengikuti aliran pengajian diingini bergantung kepada keputusan PT3 sama ada cemerlang atau sebaliknya,” katanya.

Katanya, perancanga­n salah bukan saja merugikan masa depan pelajar, malah menyebabka­n mereka dihimpit pelbagai konflik sama ada dengan ibu bapa, sekolah mahupun diri sendiri.

“Sebab itu, mereka perlu melihat PT3 sebagai jambatan utama untuk merancang masa depan. Namun, perancanga­n tidak boleh dibuat secara semborono, sebaliknya perlu nasihat pihak tertentu seperti kaunselor pendidikan di sekolah, ibu

 ??  ?? PERANCANGA­N yang betul selepas PT3 akan membolehka­n pelajar
mengikuti pengajian berdasarka­n minat sekali gus memudahkan mereka membuat perancanga­n selepas SPM. - Gambar
hiasan
PERANCANGA­N yang betul selepas PT3 akan membolehka­n pelajar mengikuti pengajian berdasarka­n minat sekali gus memudahkan mereka membuat perancanga­n selepas SPM. - Gambar hiasan
 ??  ?? BIDANG kemahiran di KV membantu pelajar membina kemahiran sekali gus memenuhi permintaan industri. - Gambar hiasan
BIDANG kemahiran di KV membantu pelajar membina kemahiran sekali gus memenuhi permintaan industri. - Gambar hiasan
 ??  ?? PELAJAR yang memperoleh keputusan cemerlang digalak mengikuti aliran Sains. - Gambar hiasan
PELAJAR yang memperoleh keputusan cemerlang digalak mengikuti aliran Sains. - Gambar hiasan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia