Harian Metro

Program bentuk keyakinan

- DARI MUKA 1

Beliau berkata, seramai 43 siswa berpeluang mendapat pendedahan mengenai proses pembelajar­an kanak-kanak pendidikan khas masalah pendengara­n dan menyelami cara mendidik golongan berkenaan.

“Mereka memperoleh pendedahan mengenai perkembang­an kanak-kanak berkeperlu­an pendidikan khas selain membuka minda serta persepsi terhadap golongan terbabit.

“Nilai kasih sayang sesama murid dapat dipupuk melalui komunikasi menggunaka­n isyarat tangan selain membentuk keyakinan buat siswazah melalui aktiviti sosial bersesuaia­n,” katanya.

Zakariah berkata, teknik bahasa isyarat secara ringkas dan minimum dapat dipraktik serta dipelajari selain berpeluang memerhatik­an kaedah pengurusan bilik darjah daripada guru pendidikan khas yang berpengala­man.

Sementara itu, wakil siswa, Hamiza Hanim, 20, berkata pihaknya berpuas hati apabila segala aktiviti dirancang berjalan lancar dan mendapat kerjasama daripada murid serta guru sekolah berkenaan.

Katanya, walaupun mengalami masalah pendengara­n, mereka mudah memahami arahan untuk melakukan aktiviti sukaneka mengikut peraturan permainan.

“Pelbagai aktiviti sukaneka diadakan seperti membawa bola ping pong dalam sudu yang diletakkan dalam mulut, menggelek bola menggunaka­n gelung, mengisi air dalam botol dan membaling pundi kacang dalam gelung.

“Kami menggunaka­n duit kutipan sendiri bagi membeli hadiah dan

43 siswa IPGKTB luang masa 8 jam ziarah murid berkeperlu­an khas

hamper untuk diberikan kepada pemenang mengikut kategori kumpulan paling ceria, sporting dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Guru Besar SKPKP Jamaiah Mahli berkata, 38 muridnya terbabit dalam program lawatan berkenaan bermula daripada prasekolah hingga tahun 6 yang mengalami masalah pendengara­n.

Beliau berkata, lawatan itu berjaya membentuk jalinan mesra selain mendedahka­n bakal guru dengan murid pendidikan khas.

“Perbezaan murid pendidikan khas dengan murid normal tidak begitu ketara kerana ia turut meliputi subjek sama dengan aliran perdana.

“Selain itu, sekolah ini mempunyai sembilan kelas dengan perbezaann­ya dalam sebuah kelas minimum lima murid dan maksimum tujuh murid,” katanya.

Menurutnya, murid di sekolah itu lebih menumpukan kepada isyarat tangan dan gerakan bibir guru yang mengajar, sekali gus lawatan itu memberikan kesedaran orang ramai bahawa setiap guru sekolah pendidikan khas memerlukan kemahiran sedemikian. -Muhammad Shalaby Shahbuddin

 ??  ?? SISWA dari
IPGKTB, Bukit Mertajam bergambar kenangan bersama murid dan guru SKPKP
Georgetown.
SISWA dari IPGKTB, Bukit Mertajam bergambar kenangan bersama murid dan guru SKPKP Georgetown.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia