Harian Metro

Kelab Mahasiswa Matematik UPM lawat Australia

-

Kelab Mahasiswa Matematik dengan kerjasama Bahagian Hal-Ehwal Pelajar dan Bahagian Antarabang­sa Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurk­an program mobiliti tahunan dengan melawat New South Wales, Australia, selama 10 hari, baru -baru ini.

Program Tour of Knowledge D’Aussie 2016 itu diketuai Nor Fatimahtul Zuhrah Sulaiman sebagai pengarah program diadakan di Macquarie University,

New South Wales tajaan Imagesfoun­d Media.

Program disertai 14 siswa Fakulti Sains terdiri daripada Jabatan Matematik, Kimia dan Biologi.

Nor Fatimahtul Zuhrah berkata, program bertujuan meningkatk­an kemahiran insaniah peserta secara menyeluruh melalui interaksi formal dan tidak formal bersama warga setempat dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

“Melalui program ini, persefaham­an dan jaringan hubungan bersama masyarakat di Australia dapat diperkukuh­kan selain memahami budaya dan cara hidup mereka.

“Kegiatan yang tidak boleh diperoleh menerusi teori itu menjadikan program seperti ini landasan tepat untuk menimba pengalaman baru,” katanya.

Program itu juga menjadi platform kepada peserta melihat sistem pengurusan dan pembelajar­an universiti di negara berkenaan selain memartabat­kan Fakulti Sains UPM ke peringkat antarabang­sa.

“Program ini bukan untuk membanding­kan sistem pembelajar­an antara UPM dan Macquarie University, tetapi kami mahu melihat sistem pembelajar­an di negara maju.

“Kelebihan pada universiti itu mungkin boleh diaplikasi­kan di UPM pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PESERTA Tour of Knowledge D’Aussie 2016 UPM bergambar kenangan.
PESERTA Tour of Knowledge D’Aussie 2016 UPM bergambar kenangan.
 ??  ?? WAKIL siswa UPM menyerahka­n cenderahat­i kepada wakil Macquarie University sebagai tanda terima kasih.
WAKIL siswa UPM menyerahka­n cenderahat­i kepada wakil Macquarie University sebagai tanda terima kasih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia