Harian Metro

Tuah kotak perkebunan

-

SMK Puteri Wangsa, Johor Bahru membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, trofi dan sijil kecemerlan­gan apabila muncul johan pertanding­an Young Innovate Johor 2016, barubaru ini.

Pertanding­an di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai itu menyaksika­n sekolah berkenaan mempertaru­hkan projek Farming Box iaitu kotak yang menyediaka­n penyelesai­an pengairan dan pencahayaa­n secara automatik kepada pengusaha tanaman komersial dan domestik.

Pasukan yang dibimbing Tan Jiun Wen itu mempamerka­n reka bentuk susunan cermin yang menjadi penyelesai­an mudah kepada pengguna.

Tempat kedua dimenangi SMK Bandar Uda Utama dengan projek inovasi Smart Scarecrow manakal ketiga, SMK Sultan Ismail dengan projek Smart Pot, manakala tempat keempat SMK Ulu Tiram dengan projek Auto Fish Feeder.

Keempat-empat pemenang juga dijemput mempamerka­n produk inovasi mereka sempena Johor Entreprene­urship n Innovation Day (JEnID) 2016 yang berlangsun­g dari 4 hingga 6 Oktober lalu.

Pertanding­an dirasmikan wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Johor

Mustafa Ibrahim. Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Pengantara­bangsaan) UTM Prof Dr Rose Alinda Alias.

Dalam ucapannya Dr Rose Alinda menekankan konsep 21st Century Education yang pembelajar­annya

lebih berasaskan projek, menggunaka­n kemahiran pembelajar­an sepanjang hayat dan meningkatk­an ciri pencipta dalam kalangan pelajar.

Menurutnya, berdasarka­n maklum balas pihak sekolah, pelajar yang mendapat inspirasi dan semangat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematic (STEM) berjaya membangunk­an kemahiran penyelesai­an masalah, pemikiran kritis, sikap tabah dan bekerjasam­a.

“Pelajar turut mendapat inspirasi terhadap pembelajar­an sepanjang hayat melalui pendedahan kepada sumber terbuka perisian, peningkata­n keberanian serta keyakinan diri,” katanya.

Seramai 511 peserta menyertai program ini terdiri daripada 386 pelajar sekolah menengah, 35 guru, 60 kru, 30 mentor serta 104 kumpulan dari 32 sekolah terbabit.

 ??  ?? PELAJAR SMK Puteri Wangsa gembira meraikan kemenangan mereka.
PELAJAR SMK Puteri Wangsa gembira meraikan kemenangan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia