Harian Metro

BAKAT SAHAJA TIDAK MENCUKUPI

- Bilakah Bakat Sahaja Menjadi Penting?

Individu terlalu bergantung pada bakat sematamata sering lalai menajamkan­nya

yang penting, tetapi hanya keberkesan­an dapat mendatangk­an hasil yang praktikal...”

Jika bakat sahaja sudah memadai, orang yang paling berjaya sudah pasti mereka yang berbakat. Bagaimanap­un, hakikatnya kita semua berbakat sebagai manusia hebat, namun bukan semua daripada kita berjaya. Satu kajian di Amerika mendapati:

Lebih 50 peratus ketua pegawai eksekutif (CEO) kepada 500 anak Syarikat Fortune sering mendapat C semasa di kolej.

Enam puluh lima peratus dari seluruh ahli Senat Amerika adalah mereka yang sering mendapat tempat pertengaha­n dan ke bawah di dalam kelas semasa di sekolah.

Tujuh puluh lima peratus daripada Presiden Amerika mempunyai rekod akademik yang buruk.

Lebih 50 peratus usahawan jutawan tidak menamatkan pengajian universiti.

Jelas, bakat semata-mata tidak mencukupi.

Jika bakat terlalu didewakan, berkemungk­inan seseorang individu itu gagal mencapai tahap terbaik bakatnya yang sebenar. Ini kerana apabila bakat terlalu didewakan, kepentinga­n kualiti dalam individu serta komitmen dipinggirk­an. Individu yang terlalu bergantung pada bakat semata-mata sering kali lalai menajamkan bakat itu dan akhirnya orang lain melihat kelemahan demi kelemahan individu itu.

Oleh itu, pernahkah bakat sahaja menjadi penting? Jawapannya adalah ‘ya’ iaitu di peringkat permulaan. Bakat menjadikan anda menonjol, bakat membantu anda disedari oleh orang lain. Di peringkat permulaan, bakat menjadikan anda lebih ke hadapan berbanding orang lain. Bakat memberikan anda permulaan yang baik. Tetapi berita buruknya adalah, ia tidak kekal lama seandainya anda hanya bergantung kepada bakat semata-mata. Cabaran paling getir mengenai kejayaan adalah anda mesti sentiasa berjaya. Bakat hanya membantu di peringkat permulaan. Seterusnya anda mesti sentiasa menajam dan menambah nilai bakat itu agar ia mampu terus membantu. Pernahkah anda bertemu atau mendengar kisah orang yang dilihat sungguh berbakat pada peringkat permulaan tetapi lamakelama­an hilang begitu sahaja tanpa sebarang berita? Ini adalah akibat apabila bakat tidak dipertajam­kan. Jangan lupa, jika bakat tidak diasah, lama-kelamaan anda ditinggalk­an oleh orang lain.

Apa yang membezakan antara orang yang bergantung hanya kepada bakat dengan orang yang berjaya adalah kerja keras, kerajinan dan ketekunan. Sememangny­a jelas kejayaan seseorang tidak hanya bergantung kepada bakat!

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia