Harian Metro

KARNIVAL KERJA BANTU BELIA

-

swasta yang menawarkan peluang pekerjaan seperti Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam Malaysia (SPA).

“Mengikut statistik penganggur­an, hanya

3.2 peratus kadar penganggur­an di Malaysia yang masalahnya di sini ialah belia memilih pekerjaan.

“Oleh itu, kami akan membantu sedaya upaya untuk mendapatka­n pekerjaan yang sesuai mengikut kelayakan mereka dan mereka perlu sabar menunggu giliran masing-masing,” katanya.

Pengunjung, Siti Shahira Daud, 22, berkata, dia sangat berharap karnival ini akan membantuny­a mendapatka­n pekerjaan yang setaraf kelayakann­ya.

“Sudah setahun saya tamat belajar dalam bidang Diploma Pengurusan Perniagaan namun sehingga kini belum mendapat pekerjaan yang sesuai. Sebab itu, saya datang ke karnival ini dengan harapan penantian akan berakhir dan mendapat jawatan tetap,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Amirul Asraf, 22, berkata, dia juga sudah setahun tamat pengajian dalam bidang Diploma Multimedia. Dia pernah memohon pekerjaan di syarikat multimedia namun ditolak kerana mereka mahu graduan peringkat ijazah. Kini dia membantu rakannya berniaga di pasar malam secara sambilan dan berharap akan diberi peluang pekerjaan setaraf dengan kelayakann­ya.

Pada 5 November depan, Kementeria­n Sumber Manusia bersama Jabatan Tenaga Kerja dan Kementeria­n Kewangan akan menganjurk­an Karnival Kerjaya Kebangsaan di Pusat Transforma­si Bandar (UTC) seluruh Malaysia dari 10 pagi hingga 8 malam.

Belia yang masih mencari pekerjaan dialu-alukan untuk datang dan dinasihatk­an berpakaian kemas serta membawa dokumen yang selengkapn­ya bagi tujuan temu duga.

Layari laman web www. jobsmalays­ia.gov.my untuk maklumat lanjut.

 ??  ?? DUA remaja leka mendengar penjelasan kakitangan mengenai
biasiswa.
Kira-kira 180 gerai sektor kerajaan, swasta tawar peluang pekerjaan
DUA remaja leka mendengar penjelasan kakitangan mengenai biasiswa. Kira-kira 180 gerai sektor kerajaan, swasta tawar peluang pekerjaan
 ??  ?? GRADUAN bertanya maklumat mengenai jawatan kosong.
GRADUAN bertanya maklumat mengenai jawatan kosong.
 ??  ?? MUHAMMAD Amirul
MUHAMMAD Amirul
 ??  ?? SITI Shahira
SITI Shahira

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia