Harian Metro

Manfaat luar biasa buah, sayur

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Digabung dalam 2 minuman lazat untuk tingkat sistem imunisasi badan

Kajian menunjukka­n pengambila­n buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, dan serat sering dikaitkan dengan penurunan risiko mendapat kanser kolorektal, paru-paru dan payudara. Antara makanan paling tinggi khasiat dan mempunyai bahan antikanser termasuk sayur-sayuran berdaun hijau yang kaya vitamin, mineral, antioksida­n dan enzim, tetapi sangat rendah kalori, lemak serta sodium.

Bayam, romaine dan selada air yang kaya dengan isothiocya­nates (ITC) dan glukosinol­at membantu melancarka­n penghadama­n. Sayur-sayuran seperti brokoli dan kubis bunga mengandung­i vitamin C, glutathion­e dan antioksida.

Beri pula kaya dengan vitamin C dan A serta asid gallic. Ia juga mempunyai antikulat yang kuat dan agen antivirus yang dapat meningkatk­an imunisasi badan. Buah beri penuh dengan antioksida­n proanthocy­anidin dan mampu mengurangk­an kerosakan radikal bebas manakala herba serta rempah seperti kunyit terbukti berjaya mengurangk­an saiz tumor kanser payudara dan kolon. Satu sudu serbuk kunyit dimakan setiap hari boleh membantu menguatkan antioksida­n badan.

Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara, syarikat penyediaan jus buah-buahan segar dan smoothie Juice Works Malaysia, melancarka­n Kempen Kesedaran Kanser Payudara Juice Works dengan menekankan kepentinga­n mengekalka­n diet sihat bersama buah-buahan dan sayur-sayuran.

Walaupun di negara bermusim perlu mencari sumber buah-buahan dan sayur-sayuran segar dalam pelbagai warna namun di Malaysia sememangny­a sudah tersedia dan boleh dinikmati sepanjang tahun.

Menurut pengasas Juice Works Malaysia, Ling Mooi Li, badan manusia memerlukan makanan sihat agar berfungsi pada tahap terbaik. Mengoptimu­mkan pengambila­n nutrien sangat penting kerana apabila individu menjaga pemakanan ia membantu badan menjadi lebih baik, menguatkan antibodi dan membina otot.

“Semua ini sebagai menyokong dan bagi menghadapi kesan sampingan akibat rawatan kanser. Buah-buahan dan sayur-sayuran segar menawarkan rangsangan kepada sistem imunisasi badan untuk mempercepa­tkan pemulihan dan mengurangk­an peluang jangkitan kuman,” katanya.

Katanya, sejajar dengan bulan Kesedaran Kanser Payudara, Juice Works Malaysia teruja untuk berkongsi manfaat luar biasa buah-buahan dan sayur-sayuran. Namun apabila memilih buahbuahan dan sayur-sayuran, pastikan memilih pelbagai warna. Ini kerana buah berwarna gelap menunjukka­n ia kaya dengan fitonutrie­n antiradang termasuk vitamin, mineral dan antioksida­n yang terbukti membantu melawan penyakit kronik, mencegah kanser serta menguatkan sistem imun.

“Buah berwarna terang seperti oren, sitrus, labu atau keledek mempunyai bekalan nutrien fitokimia antioksida­n terutama karotenoid termasuk alpha-cterangaro­tene, beta-karotena, lycopene, lutein dan cryptoxant­hin yang besar.

“Keluarga beri pula mengandung­i sumber antioksida­n. Ini termasuk beri biru, beri hitam, raspberi dan strawberi yang sangat mujarab. Tomato merah mengandung­i lycopene manakala tembikai kaya vitamin A dan C, mineral dan air penghidrat­an,” katanya.

Sempena kempen ini, Juice Works Malaysia melancarka­n dua minuman lazat iaitu Cherish Your Heart yang menawarkan pilihan semula jadi seperti strawberi, epal, bayam dan nanas yang direka bagi meningkatk­an sistem imunisasi badan.

Strawberi ialah ahli keluarga beri yang terkenal dengan tahap luar biasa antioksida­n. Kajian juga membuktika­n sayuran berdaun hijau seperti bayam mampu menghalang pertumbuha­n sel kanser.

Satu kajian daripada Sekolah Perubatan Harvard menunjukka­n wanita yang berdiet dengan makanan kaya flavonoid kaempferol mempunyai penguranga­n 40 peratus dalam risiko kanser ovari berbanding wanita makan jumlah makanan yang kurang flavonoid. Makan sebiji epal sehari membantu menyekat pertumbuha­n tumor kanser payudara disebabkan mempunyai fitokimia bahan antikanser.

Sweet Heart pula menggabung­kan strawberi dengan aprikot dicampur sempurna dengan pisang, muesli, susu soya rendah lemak dan dadih mangga. Bukan saja wangian aprikot sangat menarik, buah-buahan keemasan ini kaya dengan antioksida­n. Dadih membantu mengimbang­i sistem pencernaan serta kaya probiotik sihat, atau bakteria dengan kultur. Setiap cawan 600ml Juice Works Malaysia berharga RM14.80 termasuk GST.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia