Harian Metro

Segera ambil langkah pertama

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Berdasarka­n Penyelidik­an Kanser Malaysia, Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat 2015, kira-kira 5,000 wanita Malaysia berumur di antara 30 dan 60 tahun disahkan menghidap kanser payudara setiap tahun. Ini bermakna seorang daripada 19 wanita Malaysia berisiko mendapat penyakit itu.

Menurut Pakar Bedah Endokrin Payudara Hospital Pantai Cheras (PHC) Dr Suziah Mokhtar, pengesanan awal kanser payudara penting bagi membolehka­n rawatan diteruskan dengan jayanya.

“Oleh itu saya menyeru semua wanita Malaysia mengambil langkah pertama hari ini, melihat tanda, sama ada ia peningkata­n saiz payudara atau tekstur, ketulan menyakitka­n, bengkak pada lengan atau puting terbalik.

“Jika anda mendapati sebarang keabnormal­an atau perubahan payudara anda, segera ke hospital untuk membuat pemeriksaa­n. Lebih cepat anda mengesan penyakit ini, lebih tinggi peluang untuk hidup,” katanya.

Sempena bulan Kesedaran Kanser Payudara, PHC turut mengadakan kempen Payung Merah Jambu 2016 buat kali keempat barubaru ini.

Lebih 500 orang mengambil bahagian dalam aktiviti berjalan kaki sejauh 1.3 kilometer bermula dari Hospital Pantai Cheras ke Cheras Leisure Mall. Sambil membawa payung merah jambu, acara ini bertujuan menggalakk­an pengesanan awal kanser payudara menerusi diagnosis untuk memastikan peluang yang lebih tinggi bagi meneruskan kehidupan.

Bertemakan Cinta Hidup Melawan Kanser, acara yang dirasmikan Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai, menarik sokongan organisasi bukan kerajaan, Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA) serta syarikat seperti Fitness First, SaSa dan Wyeth Nutrition.

Tan menyeru rakyat Malaysia terutama penduduk Cheras, menyertai jutaan orang di seluruh dunia menyokong kesedaran kanser payudara dengan mengambil bahagian dalam aktiviti berjalan kaki Payung Merah Jambu anjuran hospital berkenaan yang diadakan setiap tahun.

“Statistik mengenai kanser payudara adalah membimbang­kan. Acara komuniti ini menjadi

 ??  ?? PESERTA yang menyertai kempen Kesedaran Kanser
Payudara.
PESERTA yang menyertai kempen Kesedaran Kanser Payudara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia