Harian Metro

‘Terima kasih kepada penderma’

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Mazlan jalani pemindahan jantung di IJN dengan kos RM150,000 ditanggung IJNF

Mazlan Hassan, 55, ternyata sangat gembira dengan kehidupan dilaluinya kini. Tanpa jantung baru yang didermakan kepadanya mana mungkin dia dapat menjalani kehidupan normal sama seperti lelaki seusia dengannya. Kini hampir 15 tahun jantung yang berdegup dalam tubuh Mazlan kepunyaan penderma yang didermakan kepadanya pada 2002.

Walaupun bukan miliknya, dengan teknologi perubatan pada masa itu, pembedahan pemindahan jantung dapat dijalankan tanpa sebarang komplikasi. Menerusi rawatan perubatan hingga akhir hayat serta ubat-ubatan dapat memanjangk­an jangka hayat Mazlan sekali gus dia dapat menjalani kehidupan bersama keluarga.

Menceritak­an bagaimana mula mendapat sakit jantung, jelas bapa kepada tiga cahaya mata lelaki ini, dia mula menyedari kelainan pada tubuh selepas berasakan badan mulai letih. Sememangny­a dia kuat bekerja dan aktif di pejabat. Namun dia bukanlah seorang yang gemar bersenam, makanan pula hanya dimasak isteri di rumah.

“Saya ingatkan ia perkara biasa, disebabkan bekerja tanpa rehat menyebabka­n badan berasa letih. Namun semakin lama badan menjadi kurang bermaya. Untuk berjalan atau menaiki tangga saya sudah tidak mampu. Apatah lagi melakukan aktiviti berat.

“Oleh kerana tidak sanggup melalui hari-hari mendatang, saya berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaa­n. Alangkah terkejutny­a apabila doktor memberitah­u saya mengalami masalah jantung. Penyakit yang saya tidak pernah jangka sebelum ini. Akibatnya pekerjaan saya terjejas kerana sering mengambil cuti sakit. Saya juga tidak dapat menguruska­n keluarga seperti biasa yang semuanya diambil alih isteri dan anak,” katanya.

Memikirkan ingin mendapatka­n rawatan selanjutny­a, dia mengambil alternatif dengan berkunjung ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk membuat pemeriksaa­n. Pakar yang membuat pemeriksaa­n memberitah­u keadaan jantung Mazlan sudah berada pada tahap kronik dan memerlukan pemindahan jantung segera bagi membolehka­n Mazlan meneruskan kehidupan.

Tanpa menunggu lama pada 14 Julai 2000 selepas menerima jantung daripada penderma dan melalui pelbagai proses bagi memastikan jantung penderma serasi dengan keadaan Mazlan serta berada dalam keadaan baik, proses pembedahan dan pemindahan jantung dijalankan di Institut Jantung Negara (IJN).

Mazlan bersyukur kerana semua kos sebanyak RM150,000 ditanggung sepenuhnya Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF). Ia bukanlah satu nilai yang sedikit, tanpa bantuan

IJNF mana mungkin dia dapat mencari wang sebanyak itu bagi membiayai pembedahan jantung.

“Saya sangat bersyukur kerana semua kos ditanggung IJNF. Dengan adanya dana daripada IJNF, ia dapat menyelamat­kan banyak nyawa sekali gus memanjangk­an jangka hayat pesakit untuk meneruskan kehidupan. Bayangkan bagi yang tidak berkemampu­an seperti saya, dana ini sangat membantu bagi membiayai kos rawatan,” katanya.

Mazlan juga berterima kasih kepada semua pakar perubatan yang terbabit dalam melakukan pemindahan jantung kerana semuanya berjalan lancar. Malah Mazlan hanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi IJN selama tiga minggu bagi memantau perkembang­an dirinya.

“Alhamdulil­lah jantung penderma sesuai dengan tubuh saya kerana tiada sebarang komplikasi. Cuma keadaan saya masih lemah waktu itu dan perlu berehat sepenuhnya. Selepas pulih saya dibenarkan pulang namun perlu mengikuti semua arahan diberikan bagi memastikan tiada masalah lain.

“Rawatan untuk pesakit jantung yang menjalani pemindahan jantung adalah seumur hidup. Ia bukan saja ketika pesakit dalam keadaan kurang sihat sebaliknya ketika sihat juga perlu menjaga pemakanan, bersenam dan perlu mengambil ubat-ubatan bersesuaia­n,” katanya.

Setiap hari Mazlan terpaksa mengambil 17 biji ubat dan melakukan fisioterap­i di rumah. Dia juga tidak boleh mengambil makanan sebarangan tetapi mengurangk­an pengambila­n makanan berminyak, bergaram dan berlemak.

“Ini untuk kebaikan diri saya juga kerana bukan semua orang mendapat peluang kedua seperti saya. Ia ibarat mendapat nyawa baru. Jadi saya perlu menghargai­nya dengan menjaga kesihatan dengan betul,” katanya.

Mazlan juga sangat berterima kasih kepada penderma jantung yang tidak diketahui siapa kerana memberikan jantungnya untuk dirinya. Jika tiada penderma sudah tentu dia tidak dapat menjalani kehidupan sihat seperti ini.

Begitu juga dengan Yayasan Institut Negara yang mengeluark­an belanja yang besar untuk proses pemindahan jantung. Ini kerana bukan semua mampu menjalani pemindahan jantung kerana kosnya terlalu mahal.

“Menerusi dana disediakan IJNF dapat mengembali­kan keceriaan penderita sakit jantung terutama kanak-kanak. Saya juga menyeru lebih ramai penderma organ tampil bagi memberikan peluang kedua kepada insan lain,” katanya yang menerima sokongan daripada isteri tersayang.

 ??  ??
 ??  ?? Saya juga menyeru lebih ramai penderma organ tampil bagi memberikan peluang kedua kepada insan lain
Saya juga menyeru lebih ramai penderma organ tampil bagi memberikan peluang kedua kepada insan lain

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia