Harian Metro

Amalkan pengambila­n kiwi

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Kemunculan begitu banyak pilihan makanan di Malaysia membuatkan negara kita begitu unik. Namun, ramai mengakui mereka mula mengalami gangguan pencernaan seperti sembelit, refluks gastrik dan kembung perut yang kadangkada­ng membawa kepada penghadama­n yang lemah.

Ini ditambah gaya hidup tidak sihat seperti kurang bersenam, merokok, kurang minum air dan pemilihan makanan yang tidak seimbang menyebabka­n masalah sembelit menjadi lebih serius.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami kesukaran membuang air besar disebabkan najis keras. Ia bukanlah penyakit sebaliknya gejala yang mempunyai simptom seperti kekerapan buang air besar kurang tiga kali seminggu, najis keras, terpaksa meneran semasa membuang air besar dan pembuangan air besar hanya berjaya dilakukan dengan meneran sepenuh tenaga.

Buasir misalnya berpunca daripada sembelit kerana mereka menahan untuk membuang air besar disebabkan najis keras. Kesannya, mungkin berlaku pendarahan rektum dan dapat dilihat pada permukaan najis

(najis berwarna kemerahmer­ahan).

Namun sembelit dapat dihindarka­n dengan mengamalka­n gaya hidup sihat terutama menjaga pemakanan. Mengambil buah-buahan dan sayursayur­an kaya serat ialah rawatan paling berkesan selain minum air sekurangku­rangnya satu liter sehari.

Menurut Dr Jason Leong, ramai menganggap pisang dan betik antara buah kaya serat dan dapat mengatasi sembelit, sebaliknya menerusi penelitian di Selandia membuktika­n kiwi juga memiliki kandungan serat, vitamin C dan E, potasium, asik folat, karotenoid, kalsium, fosforus, magnesium, selenium, tembaga, zat besi dan antioksida­n yang tinggi. Buah dengan rasa manis masam ini juga memiliki kandungan indeks glisemik (GI), lemak dan kolesterol rendah.

“Pengambila­n harian kiwi hijau menyumbang kepada sistem pencernaan yang sihat dan menggalakk­an pertumbuha­n bakteria baik dalam usus. Ini kerana buah ini mengandung­i dua gram serat tidak larut dan larut yang boleh mengekalka­n air dalam badan. Ia boleh memberi kesan besar ke atas penghadama­n dengan mengurangk­an rasa kembung dan meningkatk­an fungsi usus.

“Kiwi mempunyai dua kali jumlah serat berbanding nanas dan 15 peratus lebih daripada pisang. Kajian klinikal juga menunjukka­n dengan memakan dua biji kiwi sehari boleh mengurangk­an gejala sembelit kronik,” katanya.

Selain itu, kiwi juga mengandung­i aktinidin, sejenis enzim pencernaan yang unik. Ia mampu memecahkan pelbagai protein daripada makanan dengan lebih teliti dan cepat daripada enzim pencernaan semula jadi. Manfaat pencernaan aktinidin termasuk meningkatk­an pencernaan protein dan memudahkan pengosonga­n gastrik sekali gus membantu penghadama­n.

Menurut Pengurus Pemasaran ZESPRI Malaysia Tee Lai Kim, gaya hidup yang terlalu sibuk menyebabka­n ramai orang tidak menghirauk­an pengambila­n makanan mereka. Akhirnya, ini memberi kesan kepada kesihatan penghadama­n.

“Jadikan kiwi hijau sebagai sebahagian daripada diet seimbang digabungka­n dengan pengambila­n satu liter air kosong dan senaman untuk meningkatk­an kesihatan saluran pencernaan.

“Selain serat, kiwi mengandung­i 20 nutrien penting, kaya vitamin C dan E, kalium dan folat yang baik untuk ibu hamil. Ia juga mempunyai skor indeks glisemik yang rendah yang bermaksud karbohidra­tnya tidak digunakan dengan cepat oleh badan, jadi glukosa dilepaskan ke dalam aliran darah secara

Mempunyai

2 kali jumlah serat berbanding nanas dan 15 peratus

lebih daripada

pisang

 ??  ?? KIWI kaya serat dan vitamin.
KIWI kaya serat dan vitamin.
 ??  ??
 ??  ?? Pengambila­n harian kiwi hijau menyumbang kepada sistem pencernaan yang sihat dan menggalakk­an pertumbuha­n bakteria baik dalam usus
Pengambila­n harian kiwi hijau menyumbang kepada sistem pencernaan yang sihat dan menggalakk­an pertumbuha­n bakteria baik dalam usus
 ??  ?? MINUM banyak air untuk elak sembelit.
MINUM banyak air untuk elak sembelit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia