Harian Metro

HERBA UNTUK IBU BERPANTANG

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Wanita yang baru saja melahirkan anak biasanya diminta mengambil makanan panas berasaskan herba kerana mempunyai banyak kebaikan terutama dari segi menguatkan kembali peranakan, membuang angin dan mengembali­kan kelancaran darah.

Antara herba yang bagus ketika berpantang ialah bawang putih, halia, lada hitam, halba, manjakani dan serai.

Halia

Halia bukan saja menghilang­kan angin dalam badan tetapi terbukti mampu menyembuhk­an luka. Masukkan halia dalam makanan berpantang atau direbus dan diminum airnya. Air halia sangat baik membuang angin serta membantu memanaskan badan.

Lada hitam

Terdapat dua jenis lada iaitu lada putih dan lada hitam. Kedua-duanya memJantung punyai khasiat yang sama. Lada bagus untuk memanaskan badan dan menyegarka­n tubuh. Ia juga mampu menyembuhk­an demam (dengan kuantiti sesuai), pening kepala, loya, cirit-birit dan melawaskan kencing.

Untuk bayi, lada hitam boleh mengelak kembung perut bayi. Caranya mudah saja, goreng atau bakar lada hitam, kemudian balutkan dalam kain yang bersih, kemudian tuam perlahanla­han pada perut dan badan bayi.

Banyak kebaikan terutama kuatkan kembali peranakan,

buang angin dan kembalikan kelancaran

darah

Manjakani

Manjakani digunakan untuk merawat luka dalaman dan luaran selepas bersalin dan penawar masalah keputihan. Bahan tannin di dalam manjakani membantu membaiki tisu rosak selepas bersalin. Manjakani juga membantu mengurangk­an lelehan mukus, menstabilk­an hormon, melancarka­n darah, melawaskan buang air besar dan memberi tenaga badan. Tumbuhan ini juga membantu menguatkan faraj wanita.

Asam jawa

Asam jawa bukan setakat menambah kemasaman dalam masakan tetapi membantu menurunkan berat badan. Amalan mengambil jus asam jawa setiap hari mampu menurunkan berat badan ibu dalam pantang.

Cuba dalam kuantiti sedikit dulu. Kemudian tingkatkan mengikut kesesuaian badan. Selain itu sapu asam jawa setiap pagi pada kulit wajah bagi menjadikan kulit lebih berseri dan bermaya.

Bawang putih

Bawang putih ialah antibiotik semula jadi, penyembuh luka, menghalang penyakit sengal dan saraf, mengeluark­an angin dalam badan. Bawang putih membantu mengurangk­an tekanan dan kemurungan. Seeloknya bawang putih dimakan dengan cara membakar atau menggoreng­nya terlebih dulu dan dimakan bersama nasi panas.

Halba

Ibu yang mengalami masalah susu boleh mengambil air rebusan halba setiap hari. Ia juga berfungsi memanaskan badan. Selain dimasukkan dalam kari bagi menaikkan bau masakan, halba juga boleh dimakan begitu saja atau diminum air rebusannya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia