Harian Metro

KEMBARA CARI MINYAK MASAK

„ Bekalan minyak masak di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang tidak mencukupi sejak tiga hari lalu

-

Masalah kurang bekalan tak sepatutnya berlaku

Kuala Lumpur: Masalah kekurangan bekalan minyak masak di Lembah Klang tidak sepatutnya berlaku sekiranya penguat kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) turun padang melakukan pemantauan.

Ketua Jabatan Pengurusan Sumber Manusia dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, kekurangan minyak masak tidak sepatutnya berlaku kerana barang itu diisytihar sebagai barang kawalan berjadual mengikut Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Peranan KPDNKK sangat penting dalam isu ini dan jika dibiarkan terlalu lama akan memberi kesan kepada indeks harga pengguna dan kesan inflasi kerana minyak masak adalah barangan kawalan terpenting.

“Selain itu, berlaku pembelian panik dalam kalangan pengguna dan peniaga yang bimbang kenaikan harga barang makanan itu menyebabka­n permintaan menjadi lebih tinggi berbanding bekalan,” katanya.

Katanya, unsur pemborong dan pekedai menyembuny­ikan barangan untuk mengambil sedikit keuntungan antara faktor yang perlu dipandang serius oleh KPDNKK.

“Ini bahaya kerana pengguna yang akan tanggung kesan berganda jika kenaikan harga berlaku.

“Penguat kuasa KPDNKK perlu memeriksa rekod transaksi setiap pemborong dan pekedai bagi memastikan tiada manipulasi permainan harga,” katanya.

“Pembelian panik oleh orang ramai menyebabka­n kebanyakan kedai runcit

dan pasar raya kehabisan stok

Mohd Roslan Mahayudin

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia