Harian Metro

PAKEJ MUNAFIK

„ Puluhan mangsa berputih mata RM700,000 lebur nak makan angin

- Asmah Rusman dan Yusmizal Dolah Aling am@hmetro.com.my

> Berperwata­kan menarik, bermulut manis dan menyamar staf syarikat penerbanga­n. Itulah modal lelaki durjana yang memperdaya­kan orang ramai dengan menawarkan pelbagai pakej pelanconga­n dan umrah murah. Sejak dua tahun lalu, dia sudah menipu puluhan mangsa dan melesapkan hampir RM700,000, lapor Asmah Rusman dan Yusmizal Dolah Aling

Bagaikan watak Frank Abagnale Jr lakonan Leonardo Di Caprio dalam filem Catch Me If You Can, seorang remaja lelaki berusia 22 tahun licik memperdaya puluhan mangsa membabitka­n kerugian hampir RM700,000 dengan mengaku sebagai kakitangan syarikat penerbanga­n sekali gus mampu menawarkan pelbagai pakej pelanconga­n murah.

Mengiklank­an pakej pelanconga­n menerusi media sosial seperti Facebook dan Instagram sejak dua tahun lalu, dia mendakwa diupah sebagai ejen perisikan untuk menyiasat tragedi malang pesawat MH370, malah turut mengaku bersama-sama dengan Duta Australia di Korea Selatan ketika dunia sedang kecoh mencari pesawat berkenaan.

Berperwata­kan menarik dan bermulut manis, dia menawarkan ‘pakej korporat’ sebuah syarikat penerbanga­n sejak dua tahun lalu sedangkan ia tidak pernah wujud, manakala semua wang pembelian tiket dibayar menerusi akaun ibunya.

Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Alya, 30, berkata, dia dan keluargany­a mula berurusan dengan penipu itu menerusi ahli keluarga lelaki terbabit dan membeli tiket untuk ke beberapa destinasi berlainan di dalam dan di luar negara.

Pada masa itu, katanya, dia yakin dengan tawaran diberikan memandangk­an sebelum ini kerana lelaki itu juga mendakwa lulusan dari sekolah penerbanga­n, malah kerap berada di luar negara atas urusan kerja.

“Antara destinasi yang diuruskan olehnya termasuk ke Kota Kinabalu, Bandung dan beberapa tempat lain. Dia juga mendakwa bekerja dengan syarikat penerbanga­n yang membolehka­nnya mendapat harga murah.

“Jika diikutkan, memang harga yang diberikan murah berbanding biasa, jadi untuk pembelian seterusnya, saya dan ahli keluarga lain beli dalam jumlah yang banyak. Tidak lama selepas itu, tembelangn­ya mula pecah selepas kami perlu membeli tiket balik dari Bandung ke Kuala Lumpur atas alasan masalah sistem. Selepas itu dia terus menghilang­kan diri,” katanya ketika membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), di sini.

Dia dan rakan-rakan lain yang kerugian lebih RM400,000 kemudian cuba menghubung­i lelaki terbabit, namun nombor telefon tidak lagi aktif manakala akaun Facebook disekat menyebabka­n mereka buntu untuk mendapatka­n wang semula.

Seorang lagi mangsa, Rahayu, 40, berkata, dia berurusan dua kali dengan lelaki terbabit untuk pembelian tiket ke

Seoul, Korea Selatan dan Saporro, Jepun awal tahun ini namun hampa apabila tiket yang ditempah sebenarnya tidak ada.

Katanya, dia ditawarkan dua transaksi kad kredit keseluruha­nnya bernilai RM25,000 menerusi satu pakej korporat yang melayakkan pembeli mendapat tiga tempat duduk percuma. “Sebaik mendapat bil, saya terkejut melihat transaksi berkenaan atas nama orang lain yang juga kenalan saya yang terkandas di Seoul selepas berurusan dengan lelaki itu.

“Selepas berbincang, baru saya dapat tahu bahawa dia menggunaka­n wang saya untuk membeli tiket rakan yang sebelum itu menghadapi masalah kerana ketiadaan tiket untuk pulang ke tanah air. Memang saya ditipu hidup-hidup,” katanya.

Berdasarka­n pemerhatia­n wartawan di Facebook, lelaki berkenaan memuat naik status bekerja di lima syarikat penerbanga­n berbeza bermula Ogos 2012 sehingga yang terakhir pada Januari tahun ini.

Promosi mengenai pakej murah berkenaan turut disertakan di dalam Facebook menggunaka­n nama syarikat yang hanya didaftarka­n dengan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM), bukannya Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan seperti yang ditetapkan kerajaan.

 ??  ??
 ??  ?? MANGSA kes pernipuan tiket penerbanga­n.
MANGSA kes pernipuan tiket penerbanga­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia