Harian Metro

APPS PEMALU

„ Pencipta aplikasi Jodoh Muslim Malaysia dapat idea selepas sukar berkenalan dengan wanita

- Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

Malu untuk berkenalan dengan perempuan memberi idea kepada seorang lelaki mewujudkan aplikasi mencari jodoh demi memulakan langkah perkenalan.

Pengasas aplikasi, Jodoh Muslim Malaysia, Mohamad Nadiy Md Nazir, 27, berkata, objektif utama aplikasi itu diwujudkan bagi membolehka­n lelaki dan wanita yang malu memulakan langkah perkenalan mencari jodoh dan membina ‘masjid’.

Katanya, selepas ia diwujudkan hampir empat bulan lalu, dia tidak menyangka sambutan diterima amat menggalakk­an apabila 408 individu memuat turun aplikasi carian jodoh pertama di Malaysia itu.

“Saya mendapat idea untuk mencipta aplikasi ini selepas mula merasakan dalam usia 27 tahun agak sukar dan malu untuk berkenalan dengan wanita dan ini memberi tekanan apabila melihat rakan yang lain sudah berumah tangga.

“Bagi mengatasi masalah itu, saya kemudian melayari laman pencarian Google dan mendapati carian tertinggi oleh pengguna berkaitan dengan jodoh serta beranggapa­n mungkin ramai yang senasib dengan saya,” katanya.

Beliau yang mempunyai kelulusan dalam jurusan teknologi maklumat daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mula mencipta dan mendaftark­an aplikasi itu yang boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Playstore.

“Saya sudah menetapkan (setting) aplikasi ini hanya pelayar lelaki boleh melihat wanita dan begitu juga sebaliknya,” katanya.

Menurutnya, pelayar yang menggunaka­n aplikasi itu boleh membayar RM50 dalam tempoh enam bulan manakala RM70 setahun bagi memulakan perkenalan dengan lebih dekat dan lanjut.

“Jika individu itu tidak membayar, dia hanya boleh melihat wajah wanita atau lelaki berkenaan saja, tetapi jika membayar aplikasi itu mereka boleh menggunaka­nnya tanpa terhad,” katanya.

Sementara itu, seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Syikin, 24, berkata, dia terpaksa menggunaka­n aplikasi berkenaan sebagai satu kaedah untuk mendapatka­n jodoh.

“Semua rakan sebaya lain sudah mendirikan rumah tangga, tetapi pada usia sekarang saya tidak pernah bercinta dan bertemu lelaki untuk berkenalan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia