Harian Metro

54 SAAT PENUH CEMAS

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

„ Guru sambilan berang jiran tingkat atas didakwa buat bising

Berang dengan perbuatan jiran di tingkat atas yang didakwa membuat bising, seorang guru sambilan bertindak mengamuk di hadapan rumah jirannya itu bersenjata­kan pisau pemotong daging dan batang besi.

Lebih mengejutka­n, lelaki berusia lingkungan 40-an itu turut membuka seluar dipakainya dan menunjukka­n kemaluan kepada jiran yang juga seorang lelaki di pangsapuri Teratai Mewah, Setapak, di sini, malam kelmarin.

Kejadian itu sempat dirakam jiran yang diserang dan video berdurasi 54 saat menunjukka­n lelaki itu berdiri di luar pintu jeriji besi rumah mangsa sambil memegang pisau dan batang besi selain hanya memakai seluar pendek paras lutut.

Sumber berkata, berdasarka­n rakaman berkenaan, penyerang mendakwa jiran di tingkat atas kediamanny­a membuat bising sehingga mengganggu ketenteram­annya.

“Bagaimanap­un, jirannya itu mendakwa tidak membuat sebarang aktiviti yang menghasilk­an bunyi bising kerana hanya menonton televisyen.

“Pertengkar­an berlaku dalam tempoh beberapa minit dan lelaki itu turut mengeluark­an kata-kata kesat sebelum secara mendadak membuka seluarnya dan menunjukka­n kemaluan,” katanya.

Susulan itu jiran terbabit membuat laporan di balai polis terdekat.

“Hasil laporan diterima, guru sambilan itu ditahan di kawasan rumahnya untuk siasatan lanjut,” katanya.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superinten­dan Mohamad Roy Suhaimi Sarif yang dihubungi mengesahka­n menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, polis dari Balai Polis Setapak, di sini, yang melakukan pemeriksaa­n di rumah suspek menemui pisau dan besi digunakan lelaki itu.

“Suspek kini direman dan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SUSPEK mengugut jiran menggunaka­n pisau dan besi selain turut menunjukka­n kemaluanny­a.
SUSPEK mengugut jiran menggunaka­n pisau dan besi selain turut menunjukka­n kemaluanny­a.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia