Harian Metro

Perangkap glider 80kg

„ Peluncur udara dikhuatiri lemas selepas jatuh di laut gagal dikesan

- Mohd Khidir Zakaria am@hmetro.com.my

Peluncur udara yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke laut di pantai Batu 1 berhampira­n Majlis Perbandara­n Port Dickson (MPPD), di sini, dipercayai terperangk­ap pada glider seberat 80 kilogram di dasar laut.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Mohd Shahrom Laji berkata, pihaknya tidak menolak kemungkina­n mangsa terperangk­ap pada peralatan itu kerana sehingga jam 6 petang semalam, dia gagal ditemui.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitka­n bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), MPPD, Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM).

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat itu dimulakan sejak tengah hari kelmarin sejurus menerima laporan namun dihentikan jam 7 malam selepas gagal mengesan mangsa.

“Bagaimanap­un, operasi disambung semula pagi ini (semalam) sehingga jam 6.30 petang. Kita guna pelbagai kaedah pencarian termasuk bot, rondaan serta menyelam dengan bantuan 12 ahli Kelab Skuba Telok Kemang.

“Kami turut guna jaring nelayan tempatan sebagai alternatif mengesan mangsa,” katanya di lokasi pencarian, semalam.

Katanya, operasi itu diluaskan ke kawasan sekitar dan disambung semula hari ini sekiranya belum menemui sebarang petunjuk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson Superinten­dan Adzli Abu Shah berkata, sehingga petang semalam, polis belum menerima laporan orang hilang dan identiti mangsa juga belum dikenal pasti.

“Polis sekali lagi mengingatk­an kepada sesiapa yang kehilangan saudara atau rakan yang diketahui mempunyai peralatan luncur udara atau seumpamany­a, segera menghubung­i polis bagi membantu siasatan,” katanya.

“Kami turut guna jaring nelayan tempatan sebagai alternatif mengesan mangsa

Mohd Shahrom Laji

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA penyelamat menjalanka­n operasi mencari peluncur udara yang dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam laut, semalam.
ANGGOTA penyelamat menjalanka­n operasi mencari peluncur udara yang dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam laut, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia