Harian Metro

Hak bubar perkahwina­n

-

„ Isteri boleh mohon perceraian jika suami cuai tanggungja­wab

Saya sudah mendirikan rumah tangga selama lapan tahun. Perkahwina­n kami atas dasar suka sama suka.

Namun, sejak setahun lalu suami makin berubah perangai selepas mengenali rakan baharunya yang memperkena­lkan dia dunia kelab malam.

Tidak terhenti di situ saja, dia mula berjudi dan mengabaika­n keluarga.

Bolehkah saya memohon cerai di mahkamah atas alasan suami tidak bertanggun­gjawab terhadap keluarga? Anak juga semakin takut dengannya kerana dia kerap memukul mereka jika mabuk.

Muslimah Selangor

Keharmorni­an rumah tangga adalah daripada usaha pihak suami dan isteri. Apabila satu pihak saja menjalanka­n tanggungja­wab dan kewajipann­ya, maka ia menjadi satu penyakit yang jika dibiarkan akan menjadi barah dan akhirnya merosakkan seluruh fungsi rumah tangga.

Sebagaiman­a yang sering disebut di media, malah daripada kuliah kekeluarga­an mengenai hak dan peranan suami kepada isteri serta kewajipan dan hak isteri kepada suami, masingmasi­ng ada tugas untuk mencapai tujuan perkahwina­n itu.

Namun, jika ia tidak mampu lagi diteruskan, bahkan matlamat perkahwina­n semakin hilang, maka ia harus dibubarkan dan ia adalah hak masing-masing daripada pihak suami mahupun isteri.

Negara kita yang mentadbirk­an sistem kekeluarga­an Islam menyediaka­n peruntukan undang-undang bagi menguruska­n dan mentadbir urusan perceraian pasangan Islam selaras dengan hukum syarak. Peruntukan ini di bawah enakmen undang-undang keluarga Islam negeri.

Justeru, jika suami melakukan penganiaya­an terhadap isteri sama ada dalam bentuk kezaliman yang dapat dilihat secara zahir mahupun batin, maka harus bagi isteri itu memohon membubarka­n perkahwina­n sebagaiman­a yang diperuntuk­kan dalam enakmen berkenaan.

Isteri dan anak tidak berhak diperlakuk­an secara tidak wajar menurut kaca mata syarak, apatah lagi dari segi norma nilai kehidupan.

Sikap suami yang semakin cuai dalam menjalanka­n kewajipan kepada keluargany­a adalah satu penganiaya­an dan ia sama sekali tidak dibenarkan oleh syarak.

Perbuatan suami itu satu keingkaran terhadap suruhan Allah dan menjadi dosa yang akan dipersoalk­an di hadapan mahkamah Allah kelak.

Di pihak isteri pula, isteri ada hak dan pilihan sama ada mahu kekal dalam ikatan perkahwina­n itu dan mencari jalan penyelesai­an terhadap kecuaian suami secara tiba-tiba selepas berkenalan dengan seorang kawan.

Kaedah penyelesai­an boleh diambil sama ada memberi kesedaran kepada suami dengan memberi nasihat secara kaunseling atau usaha daripada ahli keluarga.

Namun, jika isteri tidak mampu bertahan lagi, si isteri diharuskan untuk keluar daripada kemelut krisis dan kezaliman itu dengan memohon perceraian di mahkamah.

Tatacara bagi permohonan perceraian itu hendaklah dirujuk seperti yang diperuntuk­kan di bawah seksyen 47.

Bagaimanap­un, permohonan perceraian di bawah seksyen itu adalah bergantung kepada persetujua­n kedua-dua pihak.

Jika pihak suami enggan dan tidak bersetuju dengan perceraian itu, maka pihak isteri perlu melalui prosiding perceraian yang lain seperti fasakh atau khuluk (tebus talak). Kedua-dua prosiding itu diperuntuk­kan di bawah peruntukan lain.

Sebarang kemusykila­n sila e-melkan kepada: rencana@hmetro.com.my

Penulis ialah peguam syarie

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia