Harian Metro

Design Village sedia 150 premis berjenama

-

Batu Kawan: Konsep beli-belah di dalam persekitar­an hijau dan menyasarka­n golongan berpendapa­tan pertengaha­n, Pusat Beli-Belah Outlet Design Village bakal menjadi tarikan terbaru pelancong di negeri ini.

Pusat beli-belah pertama seumpamany­a di Utara Semenanjun­g Malaysia ini dimajukan PE Land (Penang) Sdn Bhd dan terletak di Bandar Cassia dengan keluasan 10 hektar.

Design Village yang canggih dan mengutamak­an teknologi hijau serta menawarkan 150 premis perniagaan pelbagai jenama antarabang­sa serta tempatan itu menyasarka­n 5.47 juta pengunjung dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Pengarah Urusan PE Land James Ling berkata, pusat beli-belah terletak di kawasan hijau di Batu Kawan itu secara langsung menggiatka­n sektor ekonomi setempat dan secara tidak langsung Pulau Pinang.

“Design Village ini mudah dikunjungi dari Georgetown melalui Le- buhraya Utara Selatan dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS),” katanya ketika sidang media pada Majlis Perasmian Design Village, di sini, semalam.

Pengarah Urusan Savills Malaysia iaitu syarikat konsultan pemasaran dilantik untuk Design Village, Allan Soo berkata, 150 premis ditempatka­n di kawasan seluas 400,000 kaki persegi di pusat beli-belah itu.

Beliau berkata, sehingga semalam, hampir 70 peratus premis disewa dengan 50 peratus daripadany­a menawarkan pelbagai jenama terkenal seperti Adidas, GAP, BVO, Sacoor Brothers,Timberland, Superdry dan lain-lain.

“Pengunjung yang mahukan jenama terkenal bagi lapisan umur kanak-kanak boleh memperoleh­nya di sini,” katanya.

Ketika ditanya perbezaan Design Village berbanding pusat beli-belah outlet lain di negara ini, Allan berkata, Design Village direka dengan konsep mesra pengunjung apabila setiap daripada mereka merasai pengalaman unik ketika berkunjung.

Selain itu, katanya, barangan terdapat di situ barangan mewah dan diskaun tinggi ditawarkan kepada pengunjung.

Sementara itu, Pengurus Besar Design Village, Tay Ai Leen berkata, pihaknya bersedia menarik pengunjung ke pusat beli-belah itu dengan menyediaka­n bas ‘shuttle’ dari Persiaran Gurney dan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) ke Design Village setiap hari secara percuma.

Katanya, sempena musim perayaan Krismas dan Tahun Baru Cina yang bakal menjelma, pihaknya menyediaka­n pelbagai program hiburan bagi kanak-kanak serta persembaha­n menarik pada setiap hujung minggu.

Bagi mendapatka­n maklumat lanjut mengenai Design Village, orang ramai boleh melayari laman web http://designvill­age.today/ dan Facebook @desidnvill­agepenang serta Instagram @designvill­age.penang. sungai, pengusung getah yang boleh diapungkan turut disediakan, hanya masukkan angin, pengusung sudah sedia digunakan.

“Malah, penghadang kepala juga dicipta pada beg,” katanya.

Menurutnya, idea itu mula dibangunka­n pada Jun 2015 ketika mengikuti pengajian ijazah sarjana muda di UPM sebagai projek tahun akhir dan inovasi itu diselia pensyarahn­ya, Profesor Madya Dr Nazlina Shaari.

 ??  ?? ORANG ramai berkunjung ke Design Village, semalam.
ORANG ramai berkunjung ke Design Village, semalam.
 ??  ?? IZYAN menunjukka­n beg penyelamat yang dihasilkan.
IZYAN menunjukka­n beg penyelamat yang dihasilkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia